Upin Ipin - Asyiela Putri Menggantikan Nur Fathiah Diaz

June 3, 2010

Masa lepak-lepak menunggu tayangan SyahJihan kat TV3, tengok la kejap Cerita Teh Tarik F&N. Episod kali ni pasal Upin Ipin dan Les Copaque, pastu ada jalan-jalan sekitar dalam rumah Pengarah Les Copaque ni iaitu Haji Burhanuddin dan Hajah Ainon. Rumah dia besar gila, siap ada lif pastu lampu dalam rumah dia berpusing-pusing. :)

 Nur Fathiah Diaz

Ada sekejap sesi bersama dengan pelakon suara Upin Ipin yang baru, Adik Asyiela Putri. Manis budak ni. :)  Dia yang menggantikan Adik Fathiah sebab Adik Fathiah dah nak exam UPSR tahun depan. Kiranya cuti sekejap la kot untuk musim ni untuk persiapan nak exam. Tapi suara Adik Syiela ni memang sebijik jugak la dengan suara Adik Fathiah. So, kalau tukar suara pun, insya-Allah tak jejaskan kualiti Upin Ipin ni. :D

 Asyiela Putri


Pelakon-pelakon suara Upin Ipin Musim Ke-4

Sumber gambar -Blog Kak Ros. :)

Aku takde la ikut setiap episod Upin Ipin kat TV9 tu. Tapi ada tengok Geng-Pengembaraan Bermula. Yeah, memang gempak. Kagum tengok animasi 3D Malaysia yg pertama yang memang hebat.

P/s - Tak sabar nak tunggu Upin Ipin Angkasa 2011 nanti.


Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.