6.3.11

susu dutch lady RM 3.75 sekotak? GREAT with uncertainty

 .


Baru 3 hari lepas aku merungut harga sekotak susu Dutch Lady kat Tesco Nilai mahal sangat sampai RM 5.81. Dah la naik lebih seringgit, pastu tak best betul harga dia pelik-pelik. Perlu ke ada 1 sen? :p




Tapi semalam pergi Tesco Nilai lagi sekali WAHAHAHAHAHA

Ludah jilat balik eh? Tak jugak. Kan kononnya kita ada hak pengguna, takkan tak boleh nak luahkan tak puas hati dengan harga apa-apa?. So, takpe la kan aku pergi lagi Tesco Nilai. :D




Aku mula minum susu dalam kotak ni lepas banyak kali aku biarkan susu tepung mengeras camtu je dalam bekas dia. Membazir sungguh la sebab tak bancuh sampai dah expired susu tu. 

Malas nak bancuh. 
Tak teringat nak bancuh.
Tak terperasan bekas dia. :p

Banyak alasan kau ye.

Oh ye, harga dia dah turun sampai RM 4.65 sekotak. Boleh la tahan seminggu letak dalam fridge. 

But, ada satu promosi. 
RM 15 untuk 4 kotak? HAHA. Excited aku ok!
RM 15 bahagi 4 = RM 3.75. Memang heaven!

---------------------------------------------------------

Alang-alang tu aku cerita sikit la pasal Biology eh. (my current favourite subject. poyo :p). 

Macam mana seed germinate?
Mula-mula kena tahu, seed (benih) perlukan air untuk germinate. Sebab apa? 

Seeds akan absorb air tu. Air digunakan untuk stimulate embryo untuk produce gibberellin (macam plant hormone). Gibberellin ni akan pergi kat aleurone layer dan stimulate layer tu untuk synthesise amylase. Amylase akan pergi kat endosperm (tempat nutrient untuk seed) dan hydrolyse starch --> maltose. Maltose tu akan convert kepada glucose dan transfer ke embryo balik.  la digunakan untuk bagi tenaga untuk germinate seed. 



google

Boleh tengok buku teks Bio bab homeostasis, muka surat cari sendiri.
Homeostasis dalam plants paling stress nak baca, sebab banyak uncertainty.

"- at the moment, it is not understood how this effect occurs
- as yet, little is known about how gibberellins causes these effect
- it is not known exactly how ABA achieves the closure of stomata
- we still do not know exactly what controls leaf abscission"

Kalau buku teks pun DO NOT KNOW, apatah lagi aku? T___T nangissssssss

p/s -  Lagi 2 bulan nak exam A-Level. Adrenaline Rush!

Nak sambung tidooo, bye assalamualaikum.

2 comments:

Shim0507 said...

boleh share....bila tarikh beli air kotak ni...?

Amanina said...

shim,
kalau tak silap 6/3/2011.