26.3.12

Bratislava, Slovakia - Part 2 (Last)


Finally, I'm close to the final part of my post-exam-holiday-travelog. Alhamdulillah.  

Destinasi seterusnya ialah Bratislava Castle. Kitorang tak sure sangat lokasi sebenarnya castle ni, tapi memang boleh nampak dari jauh. Yeah, atas bukit tu. (emmm tetiba teringat bukit chandan kuala kangsar T_T) 



Dari Grassalkovich Palace, kitorang just lalu je laluan mana yang ada untuk ke istana ni. Cadang nak naik bas, tapi lagi naya la kot. Tak tahu nak turun kat bus stop mana. :p Alhamdulillah, satu perkara yang memang kena buat kalau kat tempat orang ialah bertanya. Pepatah Melayu pun dah kata malu bertanya sesat tanya. Aku bab-bab tanya orang ni, okay aja tak segan sangat. 

Bratislava Castle, the unique part is the shape. Segi empat yang bukan sama ataupun tepat. Boleh kata macam trapezium (kot?)

If not mistaken, castle ni bawah reconstruction. Bayaran nak masuk dalam 1.50euro untuk student. Jujur aku cakap, ni la pameran yang paling sedikit aku jumpa sepanjang europe tour.  Oh, lupa nak mention, castle ni dah banyak kali musnah, pernah terbakar jugak. One of the reason dia musnah ialah sebab pekerja2 istana yang lalai and leka. Itu pun aku dapat masa tengok tayangan yang disediakan untuk budak2. Google for more stories, if you would like :)

The first place yang dipamerkan, bahagian archaeology yang show benda-benda yang berjaya diselamatkan sepanjang reconstruction, macam cawan2, duit syiling, pisau, etc. The rest is more about reconstruction, untuk tempoh masa sekian-sekian, apa yang dah reconstruct balik. Begitu.






But, the best part is the view. Not sure about the name of the river. Nampak tak menara yang ada kat jambatan tu? Nama dia Open Air Observation Deck. Kalau ikut share2 yang ada kat TripAdvisor, dari situ nampak pemandangan sekitar Bratislava. 

Tak pergi sana pun takpe. Dari castle ni pun dah boleh nampak most of Bratislava. Just a medium-sized city, I can say.




On our way back to the hostel.

Singgah kedai Pizza ni for lunch. Ordered Quatro Formaggi with 2 types of soup (sup sayur & sup tomato.. err) Untuk vegetarian. :) Aha, currency yang digunakan kat Bratislava ialah Euro. Hebat! So, boleh bayangkan harga barang pun boleh tahan jugak. Haih.

Get some souvenirs from some shops here. 


Hey, meet me again! Mr. Paparazzi! 


Get ready to go back to Czech. Naik bas aja, jimat duit, jimat masa. Nak travel around Europe yang negara sebelah2 ni tak payah susah2 naik flight, banyak sangat pengangkutan awam available - bas, train. :) Nak sewa kereta pun boleh cuma kena ada lesen antarabangsa and maybe some documents to be presented masa nak cross country tu (rasanya lah). 

Dan if I'm not mistaken jugak, highway sini takde tol. Heee, tak pernah nampak pun bas stop kat kaunter mana2 untuk bayar tol. :p




Okayy, EuropeTour for this February done till here. 
Alhamdulillah.

p/s - Have my 3rd slide test this coming Thursday.
p/s/s - Trying to finish the Spain travelog asap. Sorry!


Wallahualam,
Assalamualaikum

Palachova
120324
0814


No comments:

Post a Comment

Anything you want to share or ask? Write it down. I will try to respond to any questions, insyaAllah. :) Thanks!