peach cobbler

March 25, 2012


Resepi ni jumpa masa google resepi peach cobbler yang ada dalam novel Hlovate, 5 Tahun 5 Bulan. Credit to Hlovate, dan pada orang yang menshare resepi kat myresepi.com. Hihi







Peach cobbler <3

Resepi yang ni untuk 3 orang, since kitorang ada 6 orang, ganda 2 je sukatan :)

Bahan-bahan ( 3 orang )
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula halus
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/3 cawan mentega
1 cawan susu segar
1 tin buah Peach
1 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)
3 sudu besar gula
Cara-cara
1. Cairkan mentega dalam ketuhar dengan suhu 190c.Gunakan bekas kaserol 13cm x 9cm x 2cm.
2. Adun tepung, gula halus dan soda bikarbonat dalam bekas berasingan.
3. Masukkan susu segar pada adunan kering dan gaul sebati hingga tidak berketul-ketul.
4. Tuang adunan tepung tersebut ke dalam bekas kaserol yang berisi mentega cair tadi.
5. Siramkan jus Peach di atas adunan.
6. Susun Peach ke atas adunan.
7. Taburkan serbuk kayu manis dan gula.
8. Bakar dalam oven pada suhu 175c-190c selama 45 minit - 1 jam atau hingga perang keemasan. Boleh dihidangkan dengan ais krim vanilla.

Memandangkan housemates & saya sendiri tak pernah rasa peach cobbler ni macam mana, so tak dapat la nak kata baking kali ni menjadi ke tak. Siap google apa sebenarnya rasa peach cobbler. :D Ada yang kata peach cobbler ni macam puding roti butter. Haha maknanya yang buat ni tak jadi peach cobbler nampaknya :p

Tapi alhamdulillah, okay aje rasanya (macam bengkang heee).

I realised I don't like cinnamon!

p/s - Bestnya bakinggggg!!

Okayy,
Assalamualaikum <3

Palachova
120316
2047


Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.