travelog setengah hari - munich, germany (part 3)

July 15, 2013

Finally, tempat yang saya nanti-nantikan - Englischer Garten. Nature-lover :)


Banyak cara untuk sampai sini, hmm boleh refer maps. Maaf, tak ingat dah nama stop U Bahn yang saya guna. :p

Kat sini, ada dua orang tourists datang tegur saya, sebab kitorang lalu jalan yang sama, dan masing-masing taktahu pun jalan tu betul ke tak nak ke tempat yg dituju. I thought they are students, tapi rupanya professors! Humble sangat. Wohoo. Best jugak ada kawan boleh berbual. :)

Kat sini macam open garden yg orang spend time dengan kawan-kawan or families especially masa summer sekarang. Oh ye, Munich ni pun famous dengan beer (kot) T___T. Kat garden ni jugak, ada satu tower, tak tinggi sangat. Sekali pandang, saya teringatkan menara condong Teluk Intan. Tapi, memang tak sama lah :p



Chinesischer Turm. Turm tu maksudnya tower. So, inilah dia Chinese Tower! Tinggi dalam 25 meter, dibuat daripada kayu. Usia dia sangatlahhh tua, first constructed masa 1789-1790. Ada ala-ala pagoda empayar China. :)






Saya ingatkan kat garden tu ada tower tu je. Rupanya, professor berdua tu nak pergi tengok orang surfing. Saya memang blur, bukan biasanya orang surfing kat laut yang ada ombak kuat ke? Since diorang ajak dan saya pun teringin nak tengok, ikut la sekali. Bila tengok tempat yg basic (ombak tak kuat sangat), baru teringat, saya pernah tengok tempat ni kat Youtube. :p

Sebenarnya ada dua surfing areas. Satu untuk amatur dan ombaknya tak besar sangat. Another one, dekat dengan jambatan tepi jalan besar. Masa kitorang sampai, memang dah ramai orang kat tebing sungai. Best! Surfers semua bagus2, siap ada queue siapa nak surf dulu. Dan yang membuatkan lagi selesa mata menengoknya, sebab diorang fully covered dan baju tak overtight. :) Ada budak kecil jugak yang surfing. Comel dan hebat imbangannya.

video

Settle bahagian ni, saya dan 2 professors tu berpisah sebab diorang nak gi Marienplatz tu, saya nak pergi Stadium. Yee, tak fanatic bola sangat. FC Bayern Munchen ni pun saya tak tahu siapa players. Tapi, macam menarik stadium dia, rupa ala-ala stadium sarang burung masa Olympic China. Masa nak ke sini, emm rasanya railroad Bahn banyak yang tengah renovate. So, banyak kali tukar U-Bahn - bas - U-Bahn. Dan, aduhaii, memang jauh dari stop U-Bahn nak ke stadium tu. Mahu lebih 10 000 langkah sekali pergi.



I guess, every stadium ada MegaStore kan? So, any fans bolehlah dapatkan barang-barang football club tu kat store stadium ni. :) Kalau tak sempat datang, store ni ada je kat airport. Grab your things there.


Alhamdulillah, for the lovely weather!

Short trip to Munich, Germany ends here. Lepas cover stadium, terus naik Bahn balik airport, in which it takes around 40-45 minutes. Thanks Allah, for the safe trip and peace throughout the journey. :)

Now, I'm already on my 3rd day in Malaysia. Trying hard not to waste time on useless things. Pray for our time yeah!

Departure Hall, Munich Airport
130704
2130

Baitul Hanis, Sg. Siput
130708
2300

S. K. Neumanna, HK, Czech
160204


travelog setengah hari - munich, germany (part 2)

July 12, 2013

Next stop... Olympiazentrum.



Kat sini ada few attractions - BMW Welt, Olympiaturm, Olympiastadion, Olympiapark


Siapa2 yang minat tahap tertinggi dengan BMW, silalah pergi BMW Welt. Sebab kalau saya yang tak fanatik sangat dengan BMW pun rasa terawang-awang perasan kaya, apatah lagi korang. :) Takde test drive, tapi boleh la duduk dalam kereta tu dan sila berimaginasi korang tengah drive. :p Weeee. 

Oh ye, BMW Welt ni free je, seingat saya, takde pun bayar apa-apa. Cuma ada certain exhibition kena bayar, tapi tak sure yang mana satu.

Teringat majalah Gila-Gila ke Ujang entah, dia translate BMW as bas mini wilayah. Haha T__T




Interactive booth pun ada, kalau korang nak racing ke, main PS ke. Daebak! Cumanya, rajin tak rajin la nak tunggu turn. Dapat budak2 yang fanatik game, haha bye bye. 

Ohh, bukan setakat BMW, ada jugak Mini Cooper & Rolls-Royce dipamerkan. Mungkin for a range of time la kot. :)









Satu part menarik kat area Rolls-Royce ni ialah, ada satu quote yang tersergam indah kat dinding bangunan ni.

"Strive for perfection in everything you do" - Sir Henry Royce

Ada sambungannya lagi - take the best that exists and make it better. When it does not exist, design it.

Designers adalah orang yang sangat berimaginasi tinggi dan beruntung dikurniakan Allah dengan ilham dan idea yang luar biasa. Pernah dengar seseorang berkata, zaman sekarang ni, semua benda dah ada, tunggu nak buat je. Contoh, kalau nak reka phone, teori dan konsep fizik untuk komunikasi semua dah ada. Sekarang just tinggal upgrade to higher level je. Sebab tu la orang kata masa Apple nak keluarkan iPhone 6, dia dah prepare untuk iPhone 7. Contoh. 

Berbeza dengan masa lama-lama. emm contoh yang saya terfikir sekarang ni ialah Mendelian Inheritance. Kagum jugak dengan Gregor Mendel yang buat eksperimen kacang tu hampir 7 tahun untuk tahu pasal allele, gene bagai. 

Nampak tak kat sini? 

Okay sorry, contoh tak compatible. Tapi, main point kat sini ialah ilmu tu banyak dah ada, dan boleh dapat kat banyak sources. Sama jugak dengan ilmu agama, Al-Quran dan Sunnah dah ada untuk kita jadikan pegangan. So, kita cuba extract the best of ourselves and make it better. Benda-benda baik yang tak ada dalam diri kita, tak mustahil untuk kita didik asalkan jangan putus asa dan istiqamah. :)

-------------------------
Olympiaturm

Olympic part. 

Munich ni pernah jadi host city untuk Summer Olympics masa tahun 1972. Okay, lama sungguh. Tapi korang tahu tak apa yang terjadi masa ni? Apa yang paling significant? 

Black September. 

Maybe korang boleh buat kajian sendiri tentang peristiwa ni sebab ia melibatkan orang Palestine & atlet Yahudi.  Oh yaa, Munich ni jugak terkenal dengan kisah Adolf Hitler dan gerakan Nazi semua tu. Huhu, Lepas beberapa hari buat research, saya dah confuse untuk kedua-dua kisah ni dan kesahihannya. So, mungkin kita boleh sama-sama banyakkan membaca dan cari kebenaran sama2. :)


Stadium ni dikelilingi oleh nature. Cantik. Ada tasik, itik2 angsa semua. Dan yg membuat dia lagi menarik ialah INI!


Hehe, kalau ada teman, mahu jugak saya try, tapi takpelah. Ada rezeki, lain kali lain tempat :)

Bersambung...

Departure Hall, Munich Airport
130704
2100

travelog setengah hari - munich, germany (part 1)

July 11, 2013

Ditakdirkan, tiket flight balik Malaysia lagi murah kalau balik via Munich berbanding via Prague. Jazakillah housemates yang sama rajin check harga. Bukan sedikit bezanya. Mahunya cecah 300Euro. Jadinya, balik lah kita via Munich.

Lets goooooo! Bismillahirrahmannirrahim.



Bas Student Agency dari Prague ke Munich ada sekali sehari je, bertolak 11 malam sampai 4 pagi. Macam biasa, kalau nak travel cross border negara, even naik bas je pun, still kena check passport ye. Sampai kat Munich Airport, memang sunyi sepi. Mata dah kuyu mintak dilenakan, dalam bas tak boleh tidur sangat. Melilau keliling airport ni mencari tempat tidur yang sesuai dan selamat. Dengan travel seorang, haaa sila ambil langkah berhati-hati setiap masa.





Jumpa satu port menarik, memang ramai jugak tidur kat situ. Tapi tak tahu la orang yang stopover or homeless. :p Saya tidur situ pun dah macam orang homeless. Serabai. This is the real airport style! ;p 

Sempat tidur 2 jam, pukul 7 pagi, tiba-tiba dah ramai orang kat airport ni. Mungkin ada yg baru turun flight. Bila diorang tengok orang2 yang tidur ni dgn muka aduhaiii ‘kesian diorang, takde tempat lain dah nak tidur’, so, saya pun duduk tegak, peluk beg, tak sanggup nak tidur tapi tertidur balik akhirnya :p

8.30 pagi, hemat diri, settle simpan beg, ayuh, marilah kita pusing-pusing Munich sementara menunggu flight 10 malam. Oh ye, untuk fees simpan luggage kat Munich Airport, boleh refer link ni. Beli tiket airport 1 day terus (11.20E), officer tu siap validate, expired 6am esoknya. Turun S-Bahn dari airport ke Marienplatz. Ni kira city center la, sebab dalam maps Bahn tu pun dia kat tengah2. Tak sure apa beza S-Bahn dengan U-Bahn, dua-dua ada yg kejap bawah tanah, kejap atas tanah. Abaikan. Kalau beli tiket airport tu, no worries, cover semua tren terus.


Sampai kat Marienplatz tu, errr saya boleh sesat tak tahu nak keluar macam mana. Faham je exit dalam bahasa Jerman (Ausgang), tapi, sesat jugak. So, saya tanya je orang, dan keluar sekali dengan dia. Kena gelak, segan betul ;p Info untuk korang, orang Jerman ni mostly macam tahu je English. Alhamdulillah, takde dah komunikasi ayam itik.



 Marienplatz = Mary's Square. Rasanya semua negara Eropah memang famous dengan Square diorang. Even kat Hradec Kralove pun banyak namesti (square). Marienplatz ni dah jadi central square untuk bandar Munich sejak 1158. :O

Keluar je stesen tu, memang sampai depan Rathaus. Gereja (kot?). Takde interest kat sini sebab tak larat nak tengok patung-patung tu. Ate, moh la teruskan berjalan.





Nak baca peta pun, tak faham sangat sebenarnya. Dengan tak sempat research, dengan nama jalan pelik2. Aci redah. Pusing-pusing, jumpa pasar. Jatuh chenta <3 Banyak jual bungeeeee. Fresh!







Ada sayur, buah dan for sure, souvenirs. Since saya tak bawak duit Euro banyak T__T takpelah, kita cuci mata saja.


Kat sini ada satu benda yang saya rasa wohh bestnya kalau semua orang kat dunia ni macam ni. KEJUJURAN. Tengok gambar atas ni, salah satunya ialah tempat jual surat khabar. Ye, diorang just perlu ambil surat khabar yang diorang nak beli, then masukkan duit dalam 'tabung' yang disediakan.

Masa ni teringat satu conversation masa shopping stok makanan kat Tesco Dum HK. "Macam mana lah kalau kat Tesco Malaysia ada kaunter bayar sendiri macam kat sini?" (Emm, kalau betul ada kat Malaysia ni, harap maaf, baru tahu nampaknya). Dari sini, kita boleh ambil sikap diorang untuk kita praktikkan. Jujur.

Boleh je beli buah kiwi sampai 5, tapi bayar harga untuk 3 kannn. Tapi, renungkanlah apa yang akan jadi kemudian hari? :)

"Sungguh, Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan di bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan" - Al-Hujurat 49:18

Rasa sweet je bila dapat ibrah dari kotak-kotak cute ni T___T



Another way to get money. Entertainer. Yes, people, this man is alive! Bukan patung oh. Terkejut saya tiba-tiba dia bergerak. :p

Pusing cari Deutsche museum, takde rezeki, sesat lagi. Kalau korang datang Munich, cuba lah pergi taw. Nampak menarik since dia bukannya museum biasa. More to science & technology. Dan tourists khabarnya boleh try buat experiment macam2. Khabarnya lah. :|

bersambung...

Departure Hall, Munich Airport
130704
8pm

S. K. Neumanna, HK, Czech
160324

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.