4 Jam di Bihac, Bosnia & Herzegovina

July 28, 2015

Kami tinggalkan guest house dengan teksi yang dah ditempah sebelum trip tu. Dah survey banyak websites dan baca sharing orang lain yang pernah travel between Plitvice & bandar dalam Bosnia, rata-rata drive kereta sendiri (in which driving sepanjang negara Balkan nampak teramatlah best!). Bas lompat-lompat ada, tapi awal pagi sangat dan kami tak yakin sempat bersiap seawal tu. :p

Jadinya, spend 53 Euro untuk satu teksi, bahagi 4 orang. Yang bas tu, memang jauhhhh lagi murah. Just, bergantung pada plan masing-masing yep.

una river, bihac
Sungai Una yang merentasi Pekan Bihac

Perjalanan dari Plitvice ke Bihac, sangat cantik, boleh nampak gunung menghijau. Sungai kebiru-biruan apatah lagi. Tapi, sebab banyak sangat sembang dengan driver, tak teringat nak ambik gambar T_T Cermin tingkap pun tinted, hmm takpalah :)

Apa-apapun, alhamdulillah, selamat tiba di Bihac. Dan bersyukur jugak Allah bukakan hati untuk spend few hours kat pekan kecil ni. Kalau Bihac ni termasuk dalam route korang, singgahlah, tak rugi insyAllah :D

Rasanya specialty kat Bihac ni ialah sungai Una. Sungai Una ni panjangnya 212km. Apa yang membuatkan Una ni menarik ialah, dia jadi natural border antara Croatia & Bosnia sebanyak 3 kali! Sungai ni bermula dari Croatia dan masuk ke Bosnia. 

una river, bihac

The best thing bila masuk Bosnia, ialah makanan halal dan rakyatnya :) 

Walaupun nampak masih kurang menerima orang yang bukan dari area negara ni, tapi bila tahu kita Muslim, kebanyakan nampak sangat gembira. Memang terpancarlah kat wajah diorang tu. Lagi-lagi bila tahu kita Malaysians. Rasanya ramai antara kita yang tahu, Malaysia banyak menyumbang untuk pembangunan semula Bosnia & Herzegovina selepas perang 1992-1995 tu. 

Masih boleh nampak kesan-kesan perang yang ada kat bangunan di sekitar Bihac ni. T_T

post war, bosnia


Kami sempat berkunjung ke Fethija Mosque, cuma masjid tak dibuka selain waktu solat. :( Jadi, dapat tengok sekitarnya sahaja.

fethija mosque

Fethija Mosque ni asalnya Gereja St. Antoine yang dibina sekitar abad ke-14. Tahun 1592, kawasan Bihac ni ditawan oleh tentera Uthmaniyyah dan sejak itulah gereja ni ditukarkan kepada masjid, dan dinamakan Fethija. 

Dalam kawasan masjid ni, ada beberapa batu nisan orang-orang besar Croatia yang menyumbang kepada Bihac ni. Tapi dah dihantar ke National Museum kat Sarajevo. 

Oh ya, nak tahu maksud Fethija? Awesome meaning! :) Fethija dari Arabic word - fath = kejayaan. Tapi sebutan 'ja' tu berbeza taw - jadinya 'ya'. WAllahualam.

--------------------------------

Kat bawah ni, saya share few pictures sekitar Bihac yeap.

bihac, bosnia
Pekan Bihac

bihac, bosnia
Boleh hayati betapa jernihnya air yang tak dicemari sampah sarap :D Sedih bila tengok sungai kita banyaknya dah jadi teh tarik. 

bihac, bosnia
Sungai Una lagi :)

Sebelum bertolak ke Sarajevo, sempat singgah solat di masjid dekat dengan stesen bas Bihac. Mungkin Allah nak bagi peluang berjemaah di Bihac ni bila azan berkumandang masa kami on the way ke stesen bas. 

masjid di bihac
Masjid di Bihac, BiH

Satu cabaran di masjid ni, bila tiada tempat ambik wuduk untuk wanita. Tempat wuduk lelaki pulak, memang betul2 di bahagian dalam pintu masuk masjid. Jadi, take turn la kami - seorang jaga pintu masuk, seorang jaga pintu tempat solat lelaki, seorang jaga beg-beg, dan seorang lagi ambil wuduk. 

Survival, aite?

Next stop - Sarajevo. 
InsyAllah. :)

Hradec Kralove, Czech

150426
KK, Kelantan, Malaysia
150727

Plitvice Lakes; Part 2

July 27, 2015

Lama betul post Jelajah Balkan ni tak bersambung-sambung. T_T 

plitvice lakes
Plitvice Lakes


Actually, tak terfikir sebelum ni untuk buat part 2 untuk Plitvice, ingat nak sambung terus dengan kisah-kisah di Bosnia. Tapi terlupa nak kongsi few things lagi macam tempat nak beli souvenirs di Plitvice etc; so here you go :)

Malam tu, kami sampai semula di guest house dalam pukul 8 pm, itu pun sempat jalan-jalan sekitar Mukinje, beli some food kat 'kedai runcit' area situ untuk perjalanan esoknya ke Bihac & Sarajevo, BiH. 

Dah sampai kat depan Guest House Plitvicka, teringat yang kami ada tanya guest house's owner kat mana restoran yang terdekat. Dalam kepala, entah kenapa macam telepati masing-masing nak makan pizza. ^_^ Dan rezekinya, memang restoran yang direcommend tu ada jual pizza. Apa lagi, let's go :p

bistro vucnica
It's a bistro actually :)

Kawasan guest house dan bistro ni boleh katakan strategik jugaklah untuk pelancongan. Sepanjang tahun, orang akan datang untuk ke Plitvice, dan untuk musim sejuk pulak, kat sini ada ski areal jugak. :) 

bistro vucnica
Ikan trout, as usual.

Bistro ni tak provide halal meat, jadinya, makanan semua kena order yang vegetarian or seafood based. Macam biasa, bagitahu kat waiter tu yang the food is to be without any alcohol

Kat sini, kami tanya kat waitress tu kat mana nak dapatkan souvenirs. Dia kata hanya ada kat kawasan tasik tu je. Tak sure pulak kalau ada kat area lain. Tapi yang dia suggest ialah di Hotel Jezero, dekat dengan entrance Plitvice Lakes ni. 


Esoknya, kami ke Plitvice Lakes semula untuk beli souvenirs. Tiba-tiba rasa nak jalan kaki ke sana sangatlah jauh. T_T. Dah lenguh kaki agaknya. 

Jadi, ini dia tempatnya kalau nak beli souvenirs yea. Masuk je dalam hotel, kedai souvenirs ada kat belah kiri. 



Harga souvenirs boleh katakan taklah murah, tapi beli je mana yang mampu macam poskad beberapa keping pun okay. FM satu dua :)



Settle part ni, bergegas balik ke guest house untuk check out. Teksi untuk bawak kami ke Bihac, BiH pun dah sampai. Mujur driver tu kata, "It's okay, take your time. ;)" Terus naik bilik and check kalau ada apa-apa yang tertinggal. Beg dah siap kemas dah sebelum beli souvenirs tadi, settle satu hal.


Croatia Kuna
Croatia Kuna

Till we meet again, Plitvice & Croatia :) May your beauty be maintained. 

Off to Bihac, Bosnia & Herzegovina

Hradec Kralove, Czech
150425
KK, Kelantan, Malaysia
150726

Kisah di JPJ Kota Bharu

July 26, 2015




Tengah teman kawan sambil tunggu turn kat JPJ Kota Bharu, then suddenly an uncle approached and offered his number. Banyak jugaklah orang yang kami pintas, dengan nombor baru tu :)

Jadinya, terfikir untuk sebarkan kebaikan tu. Dah plan dengan kawan dah yang bila kawan saya pergi kaunter untuk uruskan hal renew lesennya tu, saya offer lah our number tu pada orang lain. 

Saya ;- Adik, adik punya turn nombor berapa?
Adik ;- 1334. *sambil tunjuk nombor*

Saya ;- Ahaa, nak tak nombor ni? Ambiklah. Cepat sikit.

Adik ;- Takpe. 

To my surprise, she rejected my offer. 

And I still don't understand why. -__-'

Mungkin sebab saya tak kecek kelate ey? Haha. Entah kaitan.

Nak kata tak cakap elok-elok, I don't think so. T_T Saya kat tempat orang yang saya tak familiar kottt, loghat pun tak sama. Memang senyum je lah all the time. 

Tapi saya offer kat orang lain, dengan happynya dia terima. Haha. Pelik.

Salam Maghrib :)
KK, Kelantan, Malaysia
150726

Mudah Terhibur #2

July 25, 2015



KK, Kelantan, Malaysia
150725

Resepi Mango Lassi

July 20, 2015

Korang nak something berbeza untuk diminum?

Taraaaa, Boleh try buat sendiri minuman ni, mango lassi :)

Pertama kali saya minum mango lassi ni kat The Royal Maharaja, Indian restaurant di Hradec Kralove. Kedai ni yang bestnya sebab dia boleh supply daging halal if requested. Well, nak makan kat restaurant yang jual menu ada daging halal tak lah mudah sangat, selain kebab. :) 

Cumanya, harga agak mahal, biasanya saya sendiri order menu paling murah ataupun memang jarang sangat pergi sini. 

Dan minuman... memang takdelah teh tarik, air sirap. Mango lassi ni lah antara minuman yang kita boleh order  :) Harga segelas 300ml = 45kc, lebih kurang RM 8. 

resepi mango lassi

Sepanjang kat Czech, memang tak terfikir pun nak buat sendiri. Mungkin sebab mangga ni boleh dikatakan exotic fruit yang tak murah dan kadang-kadang je dijual, ataupun kurang berminat sangat dengan yogurt. Mungkin jugak takut nak blend ais. Haha, banyak betul alasan.

Kat rumah di Perak ni, semua tu bukan masalah :D except yogurt, fobia lepas insiden Balkan Trip lepas. Tapi alhamdulillah, I can go along with this yogurt. Sedap bila diblend jadi mango lassi ni. Perut pun boleh terima. 


resepi mango lassi


Actually, ni boleh katakan rough recipe je ye. Boleh try ikut sukatan masing2, citarasa lain-lain kan. Nak masam lebih, banyakkan mangga. Nak cair, lebihkan yogurt atau tambah air. Nak manis, banyakkan gula :)

Resepi Mango Lassi. 
(untuk 4 gelas)

- Ais (dalam 2 mangkuk sup kecil tu)
- Mangga (2-3 biji saiz kecil)
- Yogurt mango flavor (350ml)
- Gula / susu pekat manis (dalam 2 sudu makan)
- Air (kalau nak cair)

Tengah musim mangga kan sekarang? Boleh la try untuk minum2 sekeluarga. :D

Selamat mencuba!

Dan selamat hari raya semua.
Taqaballahu minna waminkum. <3

150720
SS, Perak, Malaysia

Mudah Terhibur #1

July 14, 2015

.

"Agak-agak kedai runcit sebelah 7E tu ada jual 'butter' tak?"
"Eh, 'butter' kena beli kat kedai hardware lah"

-_-'

Hahaha.

Kalau faham, senyummmmmmm :D

Keluarga saya suka main-main bila ada perkataan yang lain maksud ni tapi sama bunyi. Bahasa omputihnya - puns.

Puns - a joke exploiting the different possible meanings of a word or the fact that there are words that sound alike but have different meanings.


Puns Fanta Sea
Credit - http://www.puntenialtimes.com/product-puns-1.html



Kalau korang pun suka, share la sikit apa yg korang guraukan hihi.

p/s - Baru tahu kedai hardware ada jual batu bata, ingatkan barang logam je. 



SS, Perak
150714

I'm Home :D

July 3, 2015

Flight photo flight gif.gif


Alhamdulillah, esok genap seminggu berhibernasi kat rumah ni :) Dah overcome jet-leg, insyAllah. 

Perubahan ketara yang saya rasa setibanya di Malaysia - cuaca panas yang 'awesome'. Memang terbaik lah. Kalau kat Czech, cabaran puasa mungkin lebih kepada duration puasa tu sendiri - 18-19 jam. Tapi kat Perak ni, rasa dehydrated tu sangat obvious. Sampai ayah pun pelik kenapa air minuman yang 5L-10L tu, sehari lebih dah boleh habis. -_-

Home sweet home.
 :)

Bulan dah penuh kan sekarang. Cerah je malam-malam masa balik dari masjid. Hmm, maksudnya dah separuh perjalanan Ramadhan kita. Ada lebih kurang 2 minggu je lagi nak kejar ganjaran Ramadhan. 

Banyakkan amalan baik, tinggalkan sifat yang tak baik, jom? :)

SS, Perak, Malaysia
150703

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.