Bila Mamat Kanada Rasa Jajan Malaysia

June 1, 2016

Saya baru lepas jalan-jalan kat YouTube dan nampak recommended video ni :)

Nah, tengok dulu yep.



Tersenyum sendiri tengok reaksi orang makan makanan dari Malaysia ni :) Selalu nampak reaksi kawan-kawan bila dihidangkan makanan kita, memang menarik reaksi tu. Haha. Dari yang menangis sebab pedas, ada yang menangis sebab sedap sampai ada yang minta resepi. Paling senang nak buat, saya rasa kek batik lah kot. Hampir setiap tahun akan ada kek batik ni. 

Habis je tengok video ni, saya rasa macam.... hmmm "lama sangat ke aku ni duduk luar". "Banyaknya jajan yang aku tak pernah makan"

Hahaha. 

Saya tahu beberapa jajan je yang mamat ni review.

1. Upin Ipin My Ikan 
Comel je mamat ni sebut mi ikan. Muka dah la nak sama macam Ipin. Lol

2. Sour + Lot 100 Orange Flavoured Gummy
Serius ni masam oh!

3. Makanan Pilihan Kacang Bijan
Hahaha, the best pronunciation! peanut covered in teriyaki barbecue chips coating. Haha

4. Salt & Lemon Candy
I've no idea about this candy. Haha. He doesn't like it!

5. Corntoz Perisa Smoky BBQZ

6. Makanan Pilihan (apa entah makanan ni)

7. Bika Chicken Flavoured Snacks
Tengok ni, jadi homesick tiba-tiba. T_T It sounds good to put it into soups, though!

8. Haw Flakes
OMG, I love this one!! Haha, tengok macam mana cara dia makan, fuh saya makan sekeping sekeping kot.

9. Perfecto Popcorn Chocolate In Love


Jajan yang saya expect dia review sebenarnya
- keropok bantal Tam Tam
- Tora, Ding Dang (ada lagi kan benda ni?)
- Mi Mi Snek Perisa Udang
- Super Ring


Baru perasan, ni semua jajan popular masa generasi saya T_T
I can feel the age gap now.


Saya rasa benda paling penting dalam buat Taste Review macam ni ialah reaksi dan macam mana kita nak describe rasa tu. :D Kalau setakat "Oh, sedap" tak ramai yang berminat. Kalau dapat bagi analogi, wahhhh you will have me as your fan. Saya suka analogi :)




Saya teringat kat kartun dari Black Jellyfish ni, masih viral kat FB rasanya. Mujur kawan kat sini bukan jenis membandingkan negara terang-terang macam budak dalam ni. -_-' That word 'than Malaysia'. Fuh, makan dalam kot. Mungkin sebab tak berapa salah pun apa yang mat saleh ni comparekan. Kan? T_T
p/s - Eh, dah bulan Jun!
S.K. Neumanna, HK, Czech
160601

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.