Demam Sawan - Ibu Bapa Jangan Panik!

May 29, 2021

 

๐˜ฟ๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐™ˆ ๐™Ž๐˜ผ๐™’๐˜ผ๐™‰ - ๐™„๐˜ฝ๐™ ๐˜ฝ๐˜ผ๐™‹๐˜ผ ๐™…๐˜ผ๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰ ๐™‹๐˜ผ๐™‰๐™„๐™†!
.
Deman sawan ni dalam bahasa Inggeris, namanya febrile fit / febrile seizure / febrile convulsion.
.



๐ŸŒธ ๐‘จ๐’‘๐’‚ ๐’…๐’†๐’Ž๐’‚๐’Ž ๐’”๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’๐’Š?
Demam sawan ialah sawan yang berlaku disertai demam (suhu badan melebihi 38'C) dalam kalangan kanak-kanak antara umur 6bulan hingga 6tahun. Biasanya demam sawan berlaku masa hari pertama / kedua fasa demam tu.
.
๐ŸŒธ ๐‘จ๐’‘๐’‚ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’Ž๐’†๐’๐’š๐’†๐’ƒ๐’‚๐’ƒ๐’Œ๐’‚๐’ ๐’…๐’†๐’Ž๐’‚๐’Ž ๐’”๐’‚๐’˜๐’‚๐’?
Demam yang terlalu tinggi - boleh berpunca dari apa-apa jangkitan contohnya:
- saluran pernafasan bahagian atas - lebih kurang bahagian tekak (URTI / pharyngitis / tonsillitis / tonsillopharyngitis)
- saluran pernafasan bahagian bawah - pneumonia
- saluran telinga - otitis media
.
๐ŸŒธ ๐‘จ๐’‘๐’‚ ๐’•๐’‚๐’๐’…๐’‚-๐’•๐’‚๐’๐’…๐’‚ ๐’…๐’†๐’Ž๐’‚๐’Ž ๐’”๐’‚๐’˜๐’‚๐’?
Demam panas (atas 38'C) berserta tanda-tanda ni:
- kekejangan otot / tersentak-sentak (ada yang berlaku di kedua-dua belah kaki ataupun di kedua-dua belah tangan ataupun di kedua-dua belah kaki dan tangan)
- ada yang mata terbeliak ke atas
- ada yang mulut berbuih / air liur meleleh
- ada juga yang terkencing / terberak.
- dan biasanya kanak-kanak tu tak sedarkan diri ataupun tak respon bila kita panggil dia.
Biasanya sawan akan berhenti sendiri selepas 1-3minit, jarang yang lebih 5minit. Kalau atas 5minit, bawak ke hospital / klinik SEGERA!
.
๐ŸŒธ ๐‘ด๐’‚๐’„๐’‚๐’Ž ๐’Ž๐’‚๐’๐’‚ ๐’๐’‚๐’Œ ๐’“๐’‚๐’˜๐’‚๐’•?
Biasanya bila kanak-kanak sampai klinik / Jabatan Kecemasan, sawan dah selesai dah. Ada kanak-kanak yang masih mamai / bingung, ada yang dah kembali dengan diri sendiri.
Doktor biasanya akan buat routine blood test (bergantung):
- full blood count - check sel darah putih / merah / platelet (kat sini biasanya boleh tunjuk badan dia tengah ada infection tak)
- renal profile - check fungsi buah pinggang
- liver function test - check fungsi hati
- electrolyte (magnesium, phosphate, calcium, albumin) - nak tengok balance tak garam dalam badan
Biasanya semua results tu normal. Cuma kalau sawan tu berulang-ulang dalam satu fasa demam yang sama, ada yang sampai kena buat CT brain - ni semua bergantung pada keadaan pesakit ye.
Doktor akan check jugak keseluruhan badan, especially sistem saraf (kita panggil central nervous sytem) - dari segi tone & reflex kaki, tangan etc.
Untuk demam sawan kali pertama, ada hospital yang biasanya admitkan untuk pemantauan, rawatan, diberikan pendidikan tentang sawan. Ada juga yang dipantau dalam 6jam di Jabatan Kecemasan dan dibenarkan pulang dengan ubat & pendidikan tentang sawan.
.
๐ŸŒธ ๐‘จ๐’‘๐’‚ ๐’“๐’Š๐’”๐’Š๐’Œ๐’ ๐’–๐’๐’•๐’–๐’Œ ๐’•๐’†๐’“๐’‹๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’š๐’‚ ๐’…๐’†๐’Ž๐’‚๐’Ž ๐’”๐’‚๐’˜๐’‚๐’?
Yang ni kita akan tanya sejarah keluarga. Kalau ada ahli keluarga yang pernah dapat demam sawan masa kecil, risiko kanak-kanak tu adalah tinggi untuk dapat juga.
Kita akan tanya juga ada tak ahli keluarga yang ada masalah epilepsy (sawan yang berulang-ulang & berpanjangan walaupun tanpa demam), ada tak ahli keluarga yang masalah pembesaran / tahap kecerdasan (developmental delay).
.
๐ŸŒธ ๐‘จ๐’‘๐’‚ ๐’ƒ๐’‚๐’‰๐’‚๐’š๐’‚๐’๐’š๐’‚ ๐’…๐’†๐’Ž๐’‚๐’Ž ๐’”๐’‚๐’˜๐’‚๐’?
Dalam kebanyakan kes, ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป. 3-4% populasi boleh dapat demam sawan. 30% daripada tu boleh dapat demam sawan lagi di masa akan datang (fasa demam berbeza). Kalau dah pernah berulang lagi dapat deman sawan, risiko untuk dapat next attack akan lagi tinggi.
Tapi untuk kes-kes tertentu, ada risiko boleh menyebabkan kecederaan otak. Contohnya:
- sawan yang berulang-ulang dalam satu fasa demam
- sawan yang berlarutan lebih 5minit
- ada masalah perkembangan yang lambat
- sejarah keluarga yang kuat
๐ŸŒป๐ŸŒป๐ŸŒป
๐™๐™ž๐™ฉ ๐™€๐™™๐™ช๐™˜๐™–๐™ฉ๐™ž๐™ค๐™ฃ
- pendidikan tentang demam sawan - apa yang ibu bapa perlu buat masa anak kena demam sawan.

Masa anak demam, check suhu badan anak. Sediakan alat termometer kat rumah, seeloknya yang check melalui telinga / bawah ketiak. Yang 'tembak' kat dahi tu tak valid sangat.

Pastu, make sure dah prepare siap-siap ubat demam (Boleh rujuk sini untuk cara kira ubat demam - https://www.facebook.com/hanis.amanina/posts/10159297811497002) Please, ibu bapa perlu tahu cara bagi ubat demam taw. Ni perkara asas keibubapaan.

Masa demam ni, longgarkan pakaian anak, buat tepid sponging (jelum dengan kain lembab), bagi ubat demam. Matlamat kita ialah turunkan suhu badan yang tinggi tu. Galakkan juga anak untuk minum air.

Masa sawan berlaku pulak, perkara pertama anda kena buat ialah ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž ๐—ก๐—”๐—™๐—”๐—ฆ ๐——๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š. ๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐—ธ. ‼️‼️
- mengiringkan anak ke sisi belah kiri.
- jauhkan barang-barang bahaya di sekitar anak - toys etc.
- jangan sesekali masukkan apa-apa dalam mulut anak (termasuklah kain, sudu dan sebagainya).
- jangan tinggalkan anak sendirian.
- perhatikan sawan anak, kalau ibu bapa dah bertenang - rekod video supaya doktor boleh tengok nanti.
- check timing - berapa lama anak kena sawan (biasanya 1-3minit sawan dah selesai dah).
- kalau sawan berpanjangan >5min, bawa ke klinik / hospital SEGERA!

๐ŸŒป๐ŸŒป๐ŸŒป
Hanis Amanina
Moga bermanfaat!
๐Ÿฉบ๐Ÿฉบ

ASMA NI TAK BOLEH SEMBUH KE?

May 26, 2021

 

"๐˜ผ๐™จ๐™ข๐™– ๐™ฃ๐™ž ๐™ฉ๐™–๐™  ๐™—๐™ค๐™ก๐™š๐™ ๐™จ๐™š๐™ข๐™—๐™ช๐™ ๐™ ๐™š? ๐™Ž๐™–๐™ฎ๐™– ๐™ฉ๐™–๐™ ๐™ฃ๐™–๐™  ๐™ก๐™–๐™ ๐™—๐™š๐™ง๐™œ๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™ฃ๐™œ ๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™ž๐™ฃ๐™๐™–๐™ก๐™š๐™ง ๐™จ๐™š๐™ช๐™ข๐™ช๐™ง ๐™๐™ž๐™™๐™ช๐™ฅ."

Asma ni satu keadaan yang sangat selalu kita jumpa di fasiliti kesihatan. Terus terang, memang selalu sangat. Ada yang bermula masa kecil, boleh jadi berleretan sampai dewasa, boleh jadi selesai masa kanak-kanak. Ada yang masa baby beberapa bulan pun dah mula kena. Ada yang masa dewasa baru dapat. Ada yang masa mengandung je dapat asma.
.


๐ŸŒบ ๐‘จ๐’‘๐’‚ ๐’‚๐’”๐’Ž๐’‚ ๐’๐’Š ๐’”๐’†๐’ƒ๐’†๐’๐’‚๐’“๐’๐’š๐’‚?
Asma ni radang pada saluran pernafasan yang kronik. Maksud kronik ni ialah berlarutan, tempoh masa yang lama. Radang tu akan buat saluran pernafasan tu sempit. Kesannya, udara yang kita hirup tu tak dapat masuk ke paru-paru, lalu kurangnya oksigen dalam darah.

๐ŸŒบ๐‘จ๐’‘๐’‚ ๐’”๐’Š๐’Ž๐’‘๐’•๐’๐’Ž ๐’‚๐’”๐’Ž๐’‚ ๐’๐’Š?
Presentation dia selalunya susah nafas / nafas laju / nafas berbunyi, batuk + sesak dada. Apa yang penting perlu tahu? Asma ni boleh mengancam nyawa kalau tak dirawat! Sebab dia melibatkan sistem penting badan kita - sistem pernafasan.

๐ŸŒบ ๐‘จ๐’‘๐’‚ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’ƒ๐’๐’๐’†๐’‰ ๐’Ž๐’†๐’๐’š๐’†๐’ƒ๐’‚๐’ƒ๐’Œ๐’‚๐’ ๐’‚๐’”๐’Ž๐’‚?
Fuh, macam-macam sebenarnya. Ada yang akan kena asma masa dia batuk/selesema. Ada yang kena bila terdedah pada asap rokok. Ada yang bila main dengan binatang berbulu (biasanya kucing / anjing). Contoh lain:
- allergy pada debu / asap / habuk / pollen / binatang lain
- jerebu / apa-apa pencemaran udara
- suhu sejuk / makanan sejuk / buah-buahan
- stress pun boleh menyebabkan asma ya
- ada yang induced oleh senaman / apa-apa aktiviti lasak

Asma untuk orang yang selalu merokok tu actually namanya ๐—–๐—ข๐—ฃ๐—— (๐—ฐ๐—ต๐—ฟ๐—ผ๐—ป๐—ถ๐—ฐ ๐—ผ๐—ฏ๐˜€๐˜๐—ฟ๐˜‚๐—ฐ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—บ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐˜† ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—ฎ๐˜€๐—ฒ). Konsep penyakitnya sama tapi biasa berlaku pada orang dewasa yang terdedah pada gas yang berbahaya, senang cakap asap rokok. Bukan setakat perokok ya kawan-kawan, kalau kita dikelilingi orang yang merokok pun boleh mengundang!

๐ŸŒบ ๐‘จ๐’”๐’•๐’‰๐’Ž๐’‚ ๐’‘๐’“๐’๐’‡๐’Š๐’๐’†?
Ni ialah soalan-soalan kegemaran doktor kalau anda datang dengan simptom asma. Hadamkan bagi yang memang ada asma & selalu datang hospital ambik nebulization / inhaler / perlukan rawatan dalam wad. Basically ni ialah basic info sejarah asma anda.

๐Ÿญ. ๐—ฆ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ป๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐—น๐—ถ๐˜‡๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป / ๐— ๐——๐—œ - bila kali pertama? macam-mana kekerapan dalam setahun / beberapa bulan kebelakang? Bila last guna / dapat? Ada sejarah masuk wad tak? Kalau ada, apa tahap tertinggi dapat oksigen - nasal prong / facemask / venturi mask / intubate?

๐Ÿฎ. ๐—ฆ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ - ada sesiapa tak dalam keluarga yang ada asma (terutamanya first degree family - adik-beradik, ibu bapa)? Kalau ada, terkawal tak? Ada follow up / pakai inhaler apa-apa tak?

๐Ÿฏ. ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜ƒ๐—ฎ๐—น ๐˜€๐˜†๐—บ๐—ฝ๐˜๐—ผ๐—บ๐˜€ - ada tak bangun pagi akan selalu batuk? Ada tak tidur malam terganggu atau selalu terjaga disebabkan batuk? Ada yang tak boleh exercise berat sampailah semput sangat-sangat?

๐Ÿฐ. ๐—ง๐—ฟ๐—ถ๐—ด๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ณ๐—ฎ๐—ฐ๐˜๐—ผ๐—ฟ๐˜€ - apa yang selalu mengundang asma tu? Ada yang makan tembikai je, terus batuk-batuk dan semput. Ada yang baru lepas renovate rumah, batuk-batuk disebabkan habuk & debu lepas tu semput. Ni semua berbeza ya ikut diri masing-masing. Ada yang semudah tidur dalam aircond / bilik yang sejuk.

๐Ÿฑ. ๐—”๐˜๐—ผ๐—ฝ๐˜† - ni maksudnya badan kita bagi tindak balas pada sesuatu allergen. Ada yang resdung (selalu bersin pagi-pagi atau dek kerana habuk macam tu). Ada yang banyak allergy pada makanan. Ada yang mata selalu kemerah-merahan. Ada yang kulit kering (eczema). Bila seseorang ada atopy, lagi tinggi chance dapat asma ya.

๐Ÿฒ. ๐—™๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฟ-๐—ณ๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฟ ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ป - doktor akan tanya ada perokok / haiwan peliharaan / carpet ke kat rumah. Sebab ni antara punca biasa yang menyumbang pada asma.

๐ŸŒบ ๐‘ด๐’‚๐’„๐’‚๐’Ž ๐’Ž๐’‚๐’๐’‚ ๐’๐’‚๐’Œ ๐’“๐’‚๐’˜๐’‚๐’•?
Untuk yang pertama kali, silalah pergi ke hospital / klinik terdekat. Anda perlukan ubat untuk legakan dan buka semula saluran pernafasan.

Untuk yang memang dah diagnose dengan asma, tolonglah compliant dengan ubatan anda (inhaler tu). Inhaler ada dua jenis ya.

๐Ÿญ. ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ด๐—ฎ (๐—ฟ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ฒ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ)
- yang ni paling biasa digunakan ialah Salbutamol, nama lainnya Ventolin. Pakai ikut arahan doktor / bila perlu sahaja. Pastikan kita prepare inhaler kita sentiasa ada dengan kita sepanjang masa. Serangan asma ni bila-bila boleh jadi ya, terutamanya bila ada sesuatu yang trigger.

๐Ÿฎ. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ต (๐—ฝ๐—ฟ๐—ฒ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ)
- yang ni doktor akan review keadaan pesakit sama ada perlu pakai atau tak. Jenis inhaler ni ikut fasiliti / tahap masing-masing - paling biasa namanya Budesonide / Fluticasone. Kalau level asma jenis tinggi tu, tolonglah jangan terlupa ambik tiap-tiap hari. Ikut prescription yang doktor bagi. Kalau ikut guideline GINA terbaru, kes asma simple pun dah digalakkan bagi preventer taw.

๐ŸŒบ ๐‘ญ๐’๐’๐’๐’๐’˜ ๐’–๐’‘ / ๐’‚๐’”๐’•๐’‰๐’Ž๐’‚ ๐’‚๐’„๐’•๐’Š๐’๐’ ๐’‘๐’๐’‚๐’
Dah ada ubat, jangan lupa follow up. Doktor biasanya ada bagi review 3-4bulan untuk tengok macam mana badan kita respon pada ubat. Kalau kita compliant dan simptom terkawal, doktor akan turunkan dose sikit-sikit sampailah kita hanya perlu pakai pelega bila perlu sahaja. Kalau tak terkawal, kemungkinan akan dinaikkan dos / tukar ubat / rujuk pada pakar respiratori.

Semua pesakit asma (terutamanya kanak-kanak), kita akan sediakan asthma action plan, diari batuk untuk disemak masa follow up. Asthma action plan ni akan bantu untuk seseorang tu bagi pelega sendiri dahulu ikut tahap sebelum perlu ke hospital atau tak.

๐ŸŒบ ๐‘ช๐’‚๐’“๐’‚ ๐’‘๐’‚๐’Œ๐’‚๐’Š ๐‘ด๐‘ซ๐‘ฐ?
Untuk kanak-kanak, kita akan minta ibubapa belikan aerochamber untuk pastikan ubat sampai ke saluran pernafasan dengan efektif. https://www.youtube.com/watch?v=o0M1lLpOu4U

Rutinnya, doktor / ahli farmasi akan semak teknik tu berkala (biasanya masa appointment kat klinik) - sebab tu please jangan skip TCA. Kalau terlepas, tolong call klinik dan dapatkan tarikh baru.

๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท
Fahamlah kawan-kawan, asma ni tak boleh sembuh tapi boleh dikawal. Sama macam orang allergik udang, sama ke penghujung nyawa dia akan dapat kesan pada diri kalau dia makan udang. Hampir sama macam asma. Asma ni kalau tak dirawat dengan baik, lama-lama simptom tu makin teruk dan makin susah nak tindak balas pada rawatan biasa.

Bukan sedikit ya, pesakit asma perlu ditidurkan & diberi bantuan pernafasan (intubate). Kalau sebelum pandemik Covid pun banyak, semasa pandemik ni lagilah mencabar nak beri rawatan. Bayangkan lagi budak-budak kecil baru beberapa tahun dah kena intubate disebabkan asma yang teruk.
๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท

๐ŸŒบ ๐‘ฒ๐’†๐’”๐’Š๐’Ž๐’‘๐’–๐’๐’‚๐’
1. Asma boleh dicegah - mencegah jauh lebih baik dari merawat.
2. Kenal pasti perkara-perkara yang boleh trigger asma kita dan elakkan.
3. Pastikan kita ikut arahan pakai ubat (compliant to medication).
4. Pastikan teknik pakai inhaler yang betul.
5. Elakkan terlepas appointment rawatan susulan.

Hanis Amanina
Hari tu kena present acute severe asthma. ๐Ÿ˜… 


Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.