Assalamualaikum

4.6.12

cartilage vs islam

0 notes Links
Currently revising histology, I'll be having my final on 20th June. Insya-Allah.

Cartilage vs Islam?

Em, sebelum tu, untuk siapa-siapa yang tak tahu cartilage ni apa, let me give a brief introduction. :)

Biasa kan dengar cartilage lutut koyak? Ha, cartilage ni gunanya untuk bantu pergerakan sendi lutut (knee joint) dan sendi2 lain . Dan kalau takde cartilage ni, tu yang sakit kaki masa nak jalan dan sampai boleh affect cara kita berjalan jugak.





Gambar kat atas ni ialah rupa cartilage bila tengok dengan mikroskop. 
Korang dapat bayangkan apa-apa analogi yang boleh dibuat melalui gambar kat atas ni?

Okay, untuk membantu aku faham cartilage ni, alhamdulillah, tergerak hati untuk relate dengan Islam dan terhasilah analogi ni. Mudah2an tak salah interpretasi aku. :)

Ada beberapa cells yang terlibat - (chondrocytes + chondroblasts = chondrogenic blastema), mesenchymal cells.

Mesenchyme (dipenuhi mesenchymal cells) - Jahiliyah
Chondroblasts - Muslim 
Chondrocytes - Mukmin 
Chondrogenic blastema - Islam      

Chondrogenic blastema ni datang dari mesenchyme. Dari sejarah, Islam tu datang dari zaman jahiliyah. Ops, jangan salah faham. Islam tu datang masa jahiliyah tengah berleluasa dan Islam tu nak bawak manusia kembali kepada jalan sebenarnya iaitu menuju Allah. Betul kan?

Aku pernah dapat satu pengisian yang masa zaman Rasulullah, diorang yakin Allah tu ada tapi cuma sebagai Rabb je lah, bukan sebagai Illah. Maksudnya kat sini, diorang tahu Allah tu pemilik seluruh alam tapi diorang tak menyembah kepada Allah. Itu yang silapnya. Dan sebab tu diorang tak lafaz syahadah, 2 ayat yang penuh makna kalau kita faham. Tiada apa yang DISEMBAH melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Dan kita tengok chondrogenic blastema tu sendiri. Islam. Dan chondroblasts yang berada kat keliling pemukaan (peripherally) tu ialah orang Islam sekarang ni. Islam pada nama tapi diri tu dekatttttt sangat dengan jahiliyah kat luar2. Terutama yang betul2 kat permukaan tu, boleh nak kata yang jahilliyah tu mampu meresap masuk dalam cells tu. 

Cuba bandingkan pula dengan chondrocytes yang dikelilingi dengan matrix tu. Kita kena jadi macam chondrocytes. Bukan setakat chondrocyte ialah chondroblast yang mature tapi kalau kita nak tengok dari konteks analogi ni, chondrocytes tu berada di tengah2 Islam. Boleh nak kata keliling dia penuhhh dengan Islam. Baru la kita boleh cakap Islam tu Addin means cara hidup kita. Setiap apa kita buat, fikir, cakap semunya kena dari kaca mata Islam. 

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah agama Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan; sesungguhnya syaitan memang musuh kamu yang nyata. (Al-Baqarah 2:208)

Sekian sahaja analogi hari ni. Emm, beberapa hari lepas ada terfikir jugak analogi plasma membrane, tapi hehe masa kurang mengizinkan nak share sekarang. 

I can see Islam in a cartilage. Can't you?

Semoga bermanfaat,
Anything nak tegur, sudi2kan la ye.

Palachova
120603
0902

1.6.12

double cheeseburger

4 notes Links


























The one and only double cheeseburger that is halal in Hradec Kralove. The meat is imported special from Germany. 69kc for one (without set). Llebih kurang RM10. Hoho. Better than takde kan? Ohh, how I miss burger benjo, burger daging special tepi jalan kat Malaysia. I miss oblong too.

p/s - Orang Prague orang Olomouc, meh la datang CFC hehehe


Palachova
120601
1010
 

.. a man in a home .. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea