Anak Bercinta Dengan Emak Sendiri - Subang, Jawa Barat

December 24, 2010

Kat Jawa Barat, Gunung Tangkuban Perahu ni sangat famous dan memang tempat pelancongan kalau datang ke Bandung ni. Emm, lebih kurang macam super mini Cameron Highlands.

Tangkuban Perahu ni maksudnya perahu yang terbalik. Bila tengok sendiri, ada la nampak rupa perahu tu sebab gunung tu mendatar. Cuma saya pun tak tahu kat bahagian mana yang dimaksudkan. :D

Anak Bercinta Dengan Emak Sendiri - Subang, Jawa Barat


Kenapa perahu boleh terbalik? Ada kisah dia. Memang banyak sangat versi, tapi saya pilih yang ni la bagi faham sikit. SOURCE .


Forbidden Love. 
Anak bercinta dengan emak sendiri. T__T

Boleh rujuk gambar kat atas kalau korang hebat nak tafsirkan. :D


Alkisahnya.........Ada raja dan ratu ni, diorang ada seorang puteri, Dayang Sumbi. Satu hari Dayang Sumbi ni tengah menenun kat beranda istana, dia terjatuhkan pintalan benang atas lantai. Sebab malas sangat nak ambik, dia bersumpah dia akan menikahi sesiapa yang ambik pintalan tu.
Ditakdirkan kottt, seekor anjing sakti, Tumang yang ambik. Nak tak nak Dayang Sumbi kena kahwin jugak dengan anjing tu. Diorang dapat anak lelaki berupa manusia tapi ada kuasa sakti macam Tumang. Anak diorang nama Sangkuriang. Tumang selalu teman anak dia ke mana-mana je, tapi sebagai anjing, bukan ayahnya.
Satu hari Dayang Sumbi ni suruh anak dia buru rusa. Tapi, Sangkuriang ni tak berjaya. Dia bunuh Tumang, pastu bagi daging tu kat emak dia. Bila emak dia dapat tahu terus dipukulnya Sangkuriang sampai berbekas kat kening. Lepas tu Dayang Sumbi kena halau oleh mak ayah dia. 
Nak dijadikan cerita, masa Sangkuriang pergi menjelajah, dia jatuh cinta dengan seorang wanita cantik. Sebenarnya, wanita tu ialah mak dia. Tapi masing-masing tak tahu. Bila dah nak nikah, baru Dayang Sumbi ni perasan ada parut kat kening Sangkuriang, terus batalkan nak kahwin. Caranya, dia bagi syarat, suruh Sangkuriang buat empangan yang boleh tutup seluruh bukit then buat perahu dalam masa kurang daripada sehari.
Bila tengok kerja Sangkuriang dah nak siap, Dayang Sumbi berdoa la cepatlah pagi. Bila dah pagi, Sangkuriang marah gila, terus tendang perahu tu jadila terbalik. 

---------------------------

Pelik? Kalau baca versi lain, lagi la pening kepala memikirkan macam mana seekor babi hutan lahirkan manusia. :p 


Anak Bercinta Dengan Emak Sendiri - Subang, Jawa Barat

Ni suasana dari atas gunung. Suhu dalam 17 darjah Celcius, sejuk macam duduk dalam aircond.

Anak Bercinta Dengan Emak Sendiri - Subang, Jawa Barat


Ni kawah gunung berapi, masih aktif. Siap berasap-asap lagi. Cuma tak menunjukkan tanda-tanda nak meletus. Kalau gunung berapi ni meletus, lenyapla Bandung dari hidup kita. Nauzubillah, jangan lah. Masa nak naik gunung ni, memang sepanjang perjalanan ada bau belerang. Dan kat kawasan kaki gunung ada banyak kawasan air panas :)


Anak Bercinta Dengan Emak Sendiri - Subang, Jawa Barat


Kat atas gunung ni banyak jugak orang jual barang. Especially sweater, pashmina, t-shirt Bandung, topi, beg bulu arnab, tali pinggang, strawberi, souvenirs pun banyak. Tapi agak mahal la, sebab diorang memang tahu yang datang kat atas ni memang tourists T_T

Dan ni la akibatnya bila diorang tahu korang Malaysians.
HOHO.

Anak Bercinta Dengan Emak Sendiri - Subang, Jawa Barat


Sangat susah nak get rid daripada diorang ni. Diorang akan follow je mana korang pergi sambil pujuk beli barang jualan masing-masing. Kalau pandai tawar jadi murah kaw-kaw punya, silakan. Tapi sekali dah beli, orang lain pun akan mengekor pujuk beli lagi. Haha. Cara paling selamat, masuk mana-mana kedai takpun naik kereta and make sure tingkap kereta bertutup.

Anak Bercinta Dengan Emak Sendiri - Subang, Jawa Barat


Ni saat melarikan diri daripada penjual, sambil isi perut dengan TEMPE TEMPE TEMPE dan TEMPE. Erkkk. Kat Indonesia ni sangat kaya dengan tempe, pergi la makan kat mana-mana pun, mesti dia hidang sekali tempe. Rezeki saya suka tempe agaknya. Boleh la nak geng dengan Cik Epal. Hehe

p/s - Macam malas pulak nak sambung laporan ni. :D

K la, tengok la kot-kot bersambung. Banyak lagi rasanya. Bye, salam.

101224

Edited, 160810
SS, Perak, Malaysia

Shopping di Bandung, Indonesia

December 23, 2010

Pukul 6 pagi dah cerah. Haih, culture shock saya masa hari kedua tu. Nasib baik dah tidur bukan main lama, pukul 9 malam dah lelap. Pukul 6 petang kat sana dah macam 8 malam kat sini. Kedai-kedai pun habis operasi pukul 8-9 malam. 

Awal pagi lepas sarapan, ayah saya terus gegas beli prepaid nombor Indonesia (untuk hal-hal kerjanya). Mahal jugak lah nak mesej ke Malaysia masa ni. RM2/sms. Nak reply mesej pun fikir banyak kali, akhirnya tak reply langsung. =D sorry. 

So, target hari kedua tu ialah Pasar Baru Trade Center. Ala-ala Pasar Siti Khadijah kat Kelantan tu. Saya pun dah lama tak pergi Kelantan, so, tak pasti camne rupa dia sekarang. 

Shopping di Bandung, Indonesia


Pasar Baru ni ada dalam 9 tingkat, tempat parking kat bahagian atas. Setiap tingkat tu jual benda yang berlainan. Contoh, kain batik kain pelekat semua kat tingkat 1, kain ela kat tingkat 2. Kalau teringin nak beli tu, beli je terus. Nanti ditangguh-tangguh, memang tak larat nak patah balik punya la. Dengan orang ramai tahap sesak kalah Jalan Masjid India masa malam raya, so kirim salam je.

Masa saya pergi tu weekdays. Cuba bayangkan bila hujung minggu, tourists makin ramai, even orang Jakarta pun turun Bandung masa weekend. Oh ye, Malaysians agak ramai kat situ, shopping sakan. Haha.

Pictures speak louder than words. =D

Shopping di Bandung, Indonesia


Ni tingkat atas sekali kalau tak silap la. Jual kasut-kasut dgn beg. Cara nak beli senang je. Harga dalam rupiah tu bahagi dengan 2830. Kalau rasa kat Malaysia jauh lagi murah, tak payah la beli. Hehe. Tapi heels sini murah jugak la. Dalam RM15 dah dapat sepasang.


Shopping di Bandung, Indonesia


Beg - emm no komen, sebab saya tak minat beg-beg ni. Kalau nak ori, cakap kat orang kat kedai tu, dia akan show yang kulit betul punya kulit. Diorang la kata kalau nak check kulit pure ke tak, halakan pada api, dia takde effect punya.


Shopping di Bandung, Indonesia


Baju batik untuk lelaki. Sesuai untuk pakai pergi majlis-majlis formal ke kenduri ke. Ala, sekarang kan ada satu hari tu baju batik sebagai baju rasmi. Mesti pakai la kalau beli pun. Huuu, kat sini spend paling banyak rasanya.


Shopping di Bandung, Indonesia

Shopping di Bandung, Indonesia


Kain bermacam-macam kain T___T

Nampak tak sofa kat atas ni. Boleh katakan banyak jugak kedai-kedai kain ni sediakan sofa, kira bagi chance orang yang shopping sakan tu berehat. Siap sediakan air minuman lagi. Tapi air mineral je lahh, jangan pulak harapkan ada milo ais.


Shopping di Bandung, Indonesia


Shopping till you drop huh?
Memang drop ahhhh! Lagi-lagi telekung cantik lembut harga RM 20 je. *_*

Apa-apapun yang paling saya suka kat pasar baru ni, kat atas sekali tu ada game arcade. Teruja la bila nampak game basketball kat MidV yang saya rindu gila nak main. Huhu. Tapi tak boleh main lama-lama la, sebab nanti kacau masa nak membeli. Pasar baru ni kan besarrr. Nanti sesat macam mana? Phone saya dah sah-sah takde kredit. 

p/s - Oh ye, orang Indonesia tak suka dipanggil 'Indon'. Benda tu seakan-akan merendah-rendahkan martabat negara diorang. Sebut je la nama penuhnya, Indonesia. 

Okey, bersambung. Haha. Salam.

101223

Edited, 160810
SS, Perak, Malaysia

Kuala Lumpur - Jakarta - Bandung

December 21, 2010

Spend 4 hari di Bandung, Indonesia. 30 Nov sampai 3 Dis yang lepas. Tapi baru sekarang nak update. :p

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, selamat pergi dan selamat balik dan jugak selamatlah habis banyak duit. Flight Air Asia dari LCCT terus ke Jakarta, Soekarno-Hatta International Airport, ambil masa dalam sejam je. Jarak perjalanan dalam 1183km. Jakarta ni lewat sejam. Kiranya, bertolak dari KL pukul 7am waktu sini, sampai Jakarta pukul 7am waktu sana. Cehhh. Tapi masa ni dah terang benderang dah. 

Kuala lumpur - Jakarta - Bandung


Lepas settle kastam semua, pergi tukar duit. Rate dia lebih kurang RM 1 = Rp 2830. Biasalah, tukar kat sana memang la rugi. Beza mungkin dalam Rp 50 camtu kalau tak silap. Jakarta pun panas menyengat jugak. Keluar je dari airport, terus berpeluh2. Airport dia biasa je, memang berbeza la kalau nak compare dgn KLIA tu. 

Kitorang tak stay kat Jakarta. So, teruskan perjalanan ke Bandung naik kereta. Cuba teka kereta ape? Hoho. Kat Malaysia naik Avanza, kat sana pun Avanza. Memang banyak ah kereta Toyota ni especially Avanza, Kijang Innova, Unser, Vios sebab murahhhh. Avanza harga dia dalam anggaran RM40,000 sini je weh. OMG. Honda City pun banyak T__T

Kuala lumpur - Jakarta - Bandung


Sana traffic jam sama hebat. Cuma macam tak banyak traffic light. Taktaw kenapa, kereta still bergerak walaupun slow. Dan, macam tak banyak bas jugak yang ala-ala RapidKL. Kalau nak bergerak ke satu tempat, kena naik Angkutan Kota, macam van gitu. LRT, komuter pun tak nampak.


Kuala lumpur - Jakarta - Bandung


Kat Jakarta tu, singgah Mangga 2 kejap. Macam shopping mall kot tapi takde la macam Alamanda ke apa, sebab setiap kedai tu bukaan dia sangattt kecik. :p Masa kitorang datang, kedai banyak tak bukak lagi. Memang tak sesak langsung. Haha. Syukur

Korang pernah tengok eskalator yang melengkung? Kat sini ada. Jakun kejap.

Kuala lumpur - Jakarta - Bandung


Tak sampai 30 minit, terus keluar. Taknak beli apa-apa, takyah stay lama-lama. :)

Bila dah masuk lebuh raya, lagi la jakun bila tengok perkataan pelik-pelik. Boleh try usha sini dan sini. Haha. Yang paling saya tak boleh lupa ada Grogol. Ni nama tempat okay. Sangat scary. Emm, mostly sepanjang perjalanan nak ke Bandung tu dipenuhi dengan aktiviti TIDUR. Sampai la pemandu tu singgah makan tengah hari kat RnR lebuh raya. 

Kuala lumpur - Jakarta - Bandung


Dengan muka blur2, saya tengok la menu dia sebelum nak order. Adoiii, banyaknye saya tak paham. Memang kena translate dulu la. Lastly, saya order jus oren, tapi dia bagi jus mangga. Apakahhhh?


Kuala lumpur - Jakarta - Bandung
Bakso

Lepas check in hotel, terus siap2 pergi Factory Outlet (FO). Pada saya, bangunan2 dia serius rasa macam kat Penang. Korang just bayangkan kedai satu satu sepanjang jalan. FO kat Bandung ni ada kat 4 kawasan utama, Jalan Setiabudi, Jalan Riau, Dago dan Cihampelas. Dikatakan jual barang-barang branded yang original, tapi depends la jugak. Ada jugak yang fake. Tapi harga dia boleh tahan. 

Takyah spend banyak-banyak, esok ada lagi tempat nak shopping. =D

Kuala lumpur - Jakarta - Bandung


Dinner untuk malam pertama kat Restoran Sederhana Masakan Padang. (tataw la kenapa ada perkataan sederhana tu)


Kuala lumpur - Jakarta - Bandung


Konsep nak makan kat sini, once dah duduk kat meja, waiter akan serve korang dengan banyakkkk mangkuk lauk dan nasi satu bekas besar. Then, makan la apa yang korang nak. Harga akan dikira ikut apa lauk yang dah berusik. Kalau tak nak makan, baik asingkan siap-siap. Kang tak pasal-pasal masuk bil sekali. Harga saya tak tahu la eh. Semuanya tourist guide yang settlekan. Haha, senang je keje. MAKAN JE LAHH banyak mana pun.


Kuala lumpur - Jakarta - Bandung

p/s - Panjangnya entry niiiii! Baru satu hari yang dah dikonklusikan. :(

Okey, nanti saya sambung. Hari kedua & ketiga paling best.
Bye, salam.

101221

Edited, 160810
SS, Perak, Malaysia

*kelakarnya bila baca balik hehe*

Upin Ipin - Asyiela Putri Menggantikan Nur Fathiah Diaz

June 3, 2010

Masa lepak-lepak menunggu tayangan SyahJihan kat TV3, tengok la kejap Cerita Teh Tarik F&N. Episod kali ni pasal Upin Ipin dan Les Copaque, pastu ada jalan-jalan sekitar dalam rumah Pengarah Les Copaque ni iaitu Haji Burhanuddin dan Hajah Ainon. Rumah dia besar gila, siap ada lif pastu lampu dalam rumah dia berpusing-pusing. :)

 Nur Fathiah Diaz

Ada sekejap sesi bersama dengan pelakon suara Upin Ipin yang baru, Adik Asyiela Putri. Manis budak ni. :)  Dia yang menggantikan Adik Fathiah sebab Adik Fathiah dah nak exam UPSR tahun depan. Kiranya cuti sekejap la kot untuk musim ni untuk persiapan nak exam. Tapi suara Adik Syiela ni memang sebijik jugak la dengan suara Adik Fathiah. So, kalau tukar suara pun, insya-Allah tak jejaskan kualiti Upin Ipin ni. :D

 Asyiela Putri


Pelakon-pelakon suara Upin Ipin Musim Ke-4

Sumber gambar -Blog Kak Ros. :)

Aku takde la ikut setiap episod Upin Ipin kat TV9 tu. Tapi ada tengok Geng-Pengembaraan Bermula. Yeah, memang gempak. Kagum tengok animasi 3D Malaysia yg pertama yang memang hebat.

P/s - Tak sabar nak tunggu Upin Ipin Angkasa 2011 nanti.


Kolej Teknologi Timur (Part 2)

May 8, 2010

Salam. Ni nak sambung cerita pasal KTT ni. Liyana cakap, i'm a good senior to be. Ecece. InsyaAllah.

------------------

Etika pemakaian.

Macam biasa. Kalau lelaki kena pakai kemeja, seluar slack & kasut. Kalau untuk perempuan, pakai yang formal, tak semestinya baju kurung, kasut. Certain lecturers kadang-kadang tak kisah pun budak perempuan pakai t-shirt lengan panjang, seluar and sandal bila pergi kelas waktu petang.

Bakal senior2 yang baik.


Duration A-Level.

Depend pada sponsor. Kalau under JPA, biasanya 1 tahun dan 1 tahun setengah. Kalau MARA pulak, 2 tahun. Combination subjects bergantung kepada negara mana yang korang akan fly sebab berbeza subjects requirement antara satu negara dengan negara yang lain.
1) Poland and Rep.Czech: Tak sure, better ask KTT
2) Indonesia: Math, Chemistry, Biology
3) India: Physics, Chemistry, Biology

Untuk fly, rasanya at least korang kena tengok 3 perkara ni:-
1) Cut off point universiti di negara yang bakal korang fly
2) Cut off point penaja (MARA & JPA)                                        
3) Entrance exam dari university yang korang akan masuk (India takde entrance exam. YYEAY!)


Cut off point.

Ni pula merangkumi:-
1) Result A-Level untuk 3 subjek terbaik. Kalau untuk JPA (12/15) means korang kena dapat at least BBB untuk 3 subjek. Kalau MARA pulak (13/15) means korang kena dapat at least ABB untuk 3 subjek.
2) Result IELTS (kalau kat Malaysia, macam MUET). At least kena dapat band 6.5 out of 9.


Laptop & internet.

Untuk A-Level, tak penting sangat  Asalkan ada buku rujukan, past years questions & lecturers’ notes kira insya-Allah dah okay dahhhh. Tapi kalau nak bawak laptop, broadband, PSP, ke apa2 je, silakan. It’s a bonus. Untuk mengisi masa lapang yang selalunya memang bosan. Dan siapa-siapa yang bloggers, exchange links eaaa. Jangan lalai sudahhh. HAHA.


Buku rujukan & past years questions A-Level.

Kat sini kebanyakannya kitorang fotostat je. Kat library pun ada, boleh pinjam kat situ. Kalau nak beli yang original, cuba cari kat kedai buku, tapi tak semua kedai buku ada jual. Boleh try tengok kat University Bookstore PJ SS14. kedai buku kat area Taylor's and Sunway College, Subang Jaya pun ada jual jugak rasanya, sebab kat sana ada student ambil A-Level. Disarankan beli je yang fotostat takpun secondhand takpun beli dari seniors sebab lagi murah. :)


Elaun! 

HEHE. Saya memang suka part2 duit ni. JPA & MARA bagi RM 430 per month taw. Masa saya first sem dulu, terus dapat cek untuk satu semester (RM 2580) rasanya. Kalau dapat duit sekali harung macam ni, serius rasa kaya gila. Tapi kena pandai-pandai bahagi untuk 6 bulan la ye. Kalau sebulan2, memang selalu rasa tak cukup duit. Hahaha. Tapi kalau kat KTT ni, insya-Allah la korang boleh menabung dengan jayanya kalau korang bukan jenis keluar hang out tiap-tiap minggu. :D



 Kaya seketika bersama MARA

 
Ni senior MARA korang nanti. :D

Edited,160810
SS, Perak, Malaysia

Kolej Teknologi Timur (Part 1)

May 5, 2010

Bila tengok dekat analytics Nuffnang, banyak sangat orang search pasal Kolej Teknologi Timur. Mungkin junior-junior yang nak masuk bulan 7 nanti kot. Bulan 7 ke? Hehe, tak tahu la.

Ni ada serba sikit description pasal KTT. Just copy and paste and edit sikit-sikit dari apa yang senior KTT cerita pada saya. Plus, dicedok dari blog-blog yang berkenaan. :)

KTT ni terletak kat Bandar Baru Salak Tinggi, dekat dengan Sepang, berhampiran dengan Nilai. Kira sempadan Selangor & Negeri Sembilan. So, patut berbangga setiap hari boleh ke luar negeri bila-bila masa je korang nak. 

Terus terang saya cakap, kolej ni bukanlah kolej yang besar. Mungkin untuk pertama kali sampai nanti, korang sendiri takkan percaya dengan hakikat dapat KTT ni. Tapi ingatlah, KTT ni antara best college untuk A-Level. Kalau tak, takkan JPA & MARA nak hantar korang kat sini kan? Insya-Allah.
 



Em, korang bayangkan bangunan rumah kedai. Kat tingkat bawah and tingkat 1 tu biasanya ada classroom (CR), lecture hall (LH), pejabat, library, lab sains, lab komputer, kafe dan sebagainya. Kemudian, tingkat bangunan yang belah2 atas tu apartment students. Alhamdulillah, bagi saya dah cukup selesa. Satu apartment ada 2 bilik, satu bilik untuk 2 orang. Setiap apartment ada kemudahan toilet and shower. So, kira okay la duduk apartment banding duduk asrama, nak mandi pun kena beratur. :p

Kolej Teknologi Timur
Contoh apartment yang boleh dibanggakan. HAHA



KTT ni agak jauh dari pekan. Nak jalan kaki tu boleh laaa, tapi sanggup ke tak je. Takde bas loncat-loncat lalu kat sini. So, kolej ada sediakan kemudahan van & bas kalau nak ke Bandar Baru Salak Tinggi dan Nilai. Kalau nak pergi KTM Nilai, LCCT, KLIA pun kolej boleh sediakan transport. Kena bayar sikit la, tapi berbaloi banding nak naik teksi. Untuk pelajar lelaki, bas kolej akan hantar korang untuk solat Jumaat. Untuk orang Kristian yang nak ke church pun, ada transport disediakan. Kalau nak keluar masa weekend, boleh ambil teksi takpun kereta sewa.

Kat Nilai sekarang dah ada Giant & Mydin, in case korang taknak shopping jauh. Kalau nak jauh sikit, boleh je nak lepak kat Alamanda, Seremban, Mines, MidValley pun boleh. :) Untuk pelajar perempuan, kira advantage jugak la bagi sesiapa yang suka shopping baju, kain, tudung sebab Nilai Square dekat je. Borong je la banyak mana yang korang nak.



Kafe kat kolej boleh tahan. Tapi katakan nak makan fast food, pergi je Nilai. Yang confirm ada ialah KFC, Pizza Hut, McD, Secret Recipe, A&W, Old Town White Coffee dan bla bla (tak ingat. Haha). Haaa, ada Ice Room! Best gila. :D

Lecturers, insya-Allah, komited dlm pengajaran dan pembelajaran. Lain lah kalau lecturers ada program, mungkin akan cancel kelas dan ganti pada masa lain.

Student A-Level ada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sendiri. Jadi, kalau nak uruskan aktiviti or sampaikan masalah kepada pihak atasan dgn lebih efektif, jumpa dengan ahli MPP la ye. Pada yang tak pernah mengundi, kat sini ada pilihan raya. Korang akan dapat pengalaman tu. Hehe.




By the way, batch A-Level ada macam-macam pertubuhan. Contohnya, Badan Agama, Dakwah & Rohani (BADAR). Ada je pertubuhan untuk agama Kristian, kaum Cina, kaum India tapi tak ingatlah nama dia. Nak lebih kurang je nama.

Dan jangan lupa, build a good relationship with other students. Jangan hanya bergaul dgn student A-Level je, kat situ pun ada student private yang ambil diploma dan sijil, jalinkan ukhwah dengan diorang jugak k.

Selalunya, pihak kolej akan jemput wakil batch senior yang dah fly untuk bagi talk kat student A-Level KTT yang baru, if let say diorang ada kat Malaysia masa tu, diorang akan share experience diorang. Tahun lepas, yang bagi talk tu abang Imanul Hassan, Alimin & Alfian. Masa ni la saya booster semangat nak ke India. :)

p/s - Insya-Allah, saya sambung secepat mungkin ea.

Edited, 160810
SS, Perak, Malaysia

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.