ASMA NI TAK BOLEH SEMBUH KE?

May 26, 2021

 

"𝘼𝙨𝙢𝙖 𝙣𝙞 𝙩𝙖𝙠 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙨𝙚𝙢𝙗𝙪𝙝 𝙠𝙚? 𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙩𝙖𝙠𝙣𝙖𝙠 𝙡𝙖𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙜𝙖𝙣𝙩𝙪𝙣𝙜 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙞𝙣𝙝𝙖𝙡𝙚𝙧 𝙨𝙚𝙪𝙢𝙪𝙧 𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥."

Asma ni satu keadaan yang sangat selalu kita jumpa di fasiliti kesihatan. Terus terang, memang selalu sangat. Ada yang bermula masa kecil, boleh jadi berleretan sampai dewasa, boleh jadi selesai masa kanak-kanak. Ada yang masa baby beberapa bulan pun dah mula kena. Ada yang masa dewasa baru dapat. Ada yang masa mengandung je dapat asma.
.


🌺 ð‘¨ð’‘𝒂 𝒂𝒔𝒎𝒂 𝒏𝒊 𝒔𝒆𝒃𝒆𝒏𝒂𝒓𝒏𝒚𝒂?
Asma ni radang pada saluran pernafasan yang kronik. Maksud kronik ni ialah berlarutan, tempoh masa yang lama. Radang tu akan buat saluran pernafasan tu sempit. Kesannya, udara yang kita hirup tu tak dapat masuk ke paru-paru, lalu kurangnya oksigen dalam darah.

🌺𝑨𝒑𝒂 𝒔𝒊𝒎𝒑𝒕𝒐𝒎 𝒂𝒔𝒎𝒂 𝒏𝒊?
Presentation dia selalunya susah nafas / nafas laju / nafas berbunyi, batuk + sesak dada. Apa yang penting perlu tahu? Asma ni boleh mengancam nyawa kalau tak dirawat! Sebab dia melibatkan sistem penting badan kita - sistem pernafasan.

🌺 ð‘¨ð’‘𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒃𝒂𝒃𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒔𝒎𝒂?
Fuh, macam-macam sebenarnya. Ada yang akan kena asma masa dia batuk/selesema. Ada yang kena bila terdedah pada asap rokok. Ada yang bila main dengan binatang berbulu (biasanya kucing / anjing). Contoh lain:
- allergy pada debu / asap / habuk / pollen / binatang lain
- jerebu / apa-apa pencemaran udara
- suhu sejuk / makanan sejuk / buah-buahan
- stress pun boleh menyebabkan asma ya
- ada yang induced oleh senaman / apa-apa aktiviti lasak

Asma untuk orang yang selalu merokok tu actually namanya 𝗖𝗢𝗣𝗗 (𝗰𝗵𝗿𝗼𝗻𝗶𝗰 𝗼𝗯𝘀𝘁𝗿𝘂𝗰𝘁𝗶𝘃𝗲 𝗽𝘂𝗹𝗺𝗼𝗻𝗮𝗿𝘆 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗮𝘀𝗲). Konsep penyakitnya sama tapi biasa berlaku pada orang dewasa yang terdedah pada gas yang berbahaya, senang cakap asap rokok. Bukan setakat perokok ya kawan-kawan, kalau kita dikelilingi orang yang merokok pun boleh mengundang!

🌺 ð‘¨ð’”𝒕𝒉𝒎𝒂 𝒑𝒓𝒐𝒇𝒊𝒍𝒆?
Ni ialah soalan-soalan kegemaran doktor kalau anda datang dengan simptom asma. Hadamkan bagi yang memang ada asma & selalu datang hospital ambik nebulization / inhaler / perlukan rawatan dalam wad. Basically ni ialah basic info sejarah asma anda.

𝟭. 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗻𝗲𝗯𝘂𝗹𝗶𝘇𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 / 𝗠𝗗𝗜 - bila kali pertama? macam-mana kekerapan dalam setahun / beberapa bulan kebelakang? Bila last guna / dapat? Ada sejarah masuk wad tak? Kalau ada, apa tahap tertinggi dapat oksigen - nasal prong / facemask / venturi mask / intubate?

𝟮. 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 - ada sesiapa tak dalam keluarga yang ada asma (terutamanya first degree family - adik-beradik, ibu bapa)? Kalau ada, terkawal tak? Ada follow up / pakai inhaler apa-apa tak?

𝟯. 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝘃𝗮𝗹 𝘀𝘆𝗺𝗽𝘁𝗼𝗺𝘀 - ada tak bangun pagi akan selalu batuk? Ada tak tidur malam terganggu atau selalu terjaga disebabkan batuk? Ada yang tak boleh exercise berat sampailah semput sangat-sangat?

𝟰. 𝗧𝗿𝗶𝗴𝗴𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗳𝗮𝗰𝘁𝗼𝗿𝘀 - apa yang selalu mengundang asma tu? Ada yang makan tembikai je, terus batuk-batuk dan semput. Ada yang baru lepas renovate rumah, batuk-batuk disebabkan habuk & debu lepas tu semput. Ni semua berbeza ya ikut diri masing-masing. Ada yang semudah tidur dalam aircond / bilik yang sejuk.

𝟱. 𝗔𝘁𝗼𝗽𝘆 - ni maksudnya badan kita bagi tindak balas pada sesuatu allergen. Ada yang resdung (selalu bersin pagi-pagi atau dek kerana habuk macam tu). Ada yang banyak allergy pada makanan. Ada yang mata selalu kemerah-merahan. Ada yang kulit kering (eczema). Bila seseorang ada atopy, lagi tinggi chance dapat asma ya.

𝟲. 𝗙𝗮𝗸𝘁𝗼𝗿-𝗳𝗮𝗸𝘁𝗼𝗿 𝗹𝗮𝗶𝗻 - doktor akan tanya ada perokok / haiwan peliharaan / carpet ke kat rumah. Sebab ni antara punca biasa yang menyumbang pada asma.

🌺 ð‘´ð’‚𝒄𝒂𝒎 𝒎𝒂𝒏𝒂 𝒏𝒂𝒌 𝒓𝒂𝒘𝒂𝒕?
Untuk yang pertama kali, silalah pergi ke hospital / klinik terdekat. Anda perlukan ubat untuk legakan dan buka semula saluran pernafasan.

Untuk yang memang dah diagnose dengan asma, tolonglah compliant dengan ubatan anda (inhaler tu). Inhaler ada dua jenis ya.

𝟭. 𝗣𝗲𝗹𝗲𝗴𝗮 (𝗿𝗲𝗹𝗶𝗲𝘃𝗲𝗿)
- yang ni paling biasa digunakan ialah Salbutamol, nama lainnya Ventolin. Pakai ikut arahan doktor / bila perlu sahaja. Pastikan kita prepare inhaler kita sentiasa ada dengan kita sepanjang masa. Serangan asma ni bila-bila boleh jadi ya, terutamanya bila ada sesuatu yang trigger.

𝟮. 𝗣𝗲𝗻𝗰𝗲𝗴𝗮𝗵 (𝗽𝗿𝗲𝘃𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿)
- yang ni doktor akan review keadaan pesakit sama ada perlu pakai atau tak. Jenis inhaler ni ikut fasiliti / tahap masing-masing - paling biasa namanya Budesonide / Fluticasone. Kalau level asma jenis tinggi tu, tolonglah jangan terlupa ambik tiap-tiap hari. Ikut prescription yang doktor bagi. Kalau ikut guideline GINA terbaru, kes asma simple pun dah digalakkan bagi preventer taw.

🌺 ð‘­ð’ð’ð’ð’ð’˜ 𝒖𝒑 / 𝒂𝒔𝒕𝒉𝒎𝒂 𝒂𝒄𝒕𝒊𝒐𝒏 𝒑𝒍𝒂𝒏
Dah ada ubat, jangan lupa follow up. Doktor biasanya ada bagi review 3-4bulan untuk tengok macam mana badan kita respon pada ubat. Kalau kita compliant dan simptom terkawal, doktor akan turunkan dose sikit-sikit sampailah kita hanya perlu pakai pelega bila perlu sahaja. Kalau tak terkawal, kemungkinan akan dinaikkan dos / tukar ubat / rujuk pada pakar respiratori.

Semua pesakit asma (terutamanya kanak-kanak), kita akan sediakan asthma action plan, diari batuk untuk disemak masa follow up. Asthma action plan ni akan bantu untuk seseorang tu bagi pelega sendiri dahulu ikut tahap sebelum perlu ke hospital atau tak.

🌺 ð‘ªð’‚𝒓𝒂 𝒑𝒂𝒌𝒂𝒊 𝑴𝑫𝑰?
Untuk kanak-kanak, kita akan minta ibubapa belikan aerochamber untuk pastikan ubat sampai ke saluran pernafasan dengan efektif. https://www.youtube.com/watch?v=o0M1lLpOu4U

Rutinnya, doktor / ahli farmasi akan semak teknik tu berkala (biasanya masa appointment kat klinik) - sebab tu please jangan skip TCA. Kalau terlepas, tolong call klinik dan dapatkan tarikh baru.

🌷🌷🌷
Fahamlah kawan-kawan, asma ni tak boleh sembuh tapi boleh dikawal. Sama macam orang allergik udang, sama ke penghujung nyawa dia akan dapat kesan pada diri kalau dia makan udang. Hampir sama macam asma. Asma ni kalau tak dirawat dengan baik, lama-lama simptom tu makin teruk dan makin susah nak tindak balas pada rawatan biasa.

Bukan sedikit ya, pesakit asma perlu ditidurkan & diberi bantuan pernafasan (intubate). Kalau sebelum pandemik Covid pun banyak, semasa pandemik ni lagilah mencabar nak beri rawatan. Bayangkan lagi budak-budak kecil baru beberapa tahun dah kena intubate disebabkan asma yang teruk.
🌷🌷🌷

🌺 ð‘²ð’†ð’”𝒊𝒎𝒑𝒖𝒍𝒂𝒏
1. Asma boleh dicegah - mencegah jauh lebih baik dari merawat.
2. Kenal pasti perkara-perkara yang boleh trigger asma kita dan elakkan.
3. Pastikan kita ikut arahan pakai ubat (compliant to medication).
4. Pastikan teknik pakai inhaler yang betul.
5. Elakkan terlepas appointment rawatan susulan.

Hanis Amanina
Hari tu kena present acute severe asthma. ðŸ˜… 


Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.