Kolej Teknologi Timur (Part 1)

May 5, 2010

Bila tengok dekat analytics Nuffnang, banyak sangat orang search pasal Kolej Teknologi Timur. Mungkin junior-junior yang nak masuk bulan 7 nanti kot. Bulan 7 ke? Hehe, tak tahu la.

Ni ada serba sikit description pasal KTT. Just copy and paste and edit sikit-sikit dari apa yang senior KTT cerita pada saya. Plus, dicedok dari blog-blog yang berkenaan. :)

KTT ni terletak kat Bandar Baru Salak Tinggi, dekat dengan Sepang, berhampiran dengan Nilai. Kira sempadan Selangor & Negeri Sembilan. So, patut berbangga setiap hari boleh ke luar negeri bila-bila masa je korang nak. 

Terus terang saya cakap, kolej ni bukanlah kolej yang besar. Mungkin untuk pertama kali sampai nanti, korang sendiri takkan percaya dengan hakikat dapat KTT ni. Tapi ingatlah, KTT ni antara best college untuk A-Level. Kalau tak, takkan JPA & MARA nak hantar korang kat sini kan? Insya-Allah.
 



Em, korang bayangkan bangunan rumah kedai. Kat tingkat bawah and tingkat 1 tu biasanya ada classroom (CR), lecture hall (LH), pejabat, library, lab sains, lab komputer, kafe dan sebagainya. Kemudian, tingkat bangunan yang belah2 atas tu apartment students. Alhamdulillah, bagi saya dah cukup selesa. Satu apartment ada 2 bilik, satu bilik untuk 2 orang. Setiap apartment ada kemudahan toilet and shower. So, kira okay la duduk apartment banding duduk asrama, nak mandi pun kena beratur. :p

Kolej Teknologi Timur
Contoh apartment yang boleh dibanggakan. HAHA



KTT ni agak jauh dari pekan. Nak jalan kaki tu boleh laaa, tapi sanggup ke tak je. Takde bas loncat-loncat lalu kat sini. So, kolej ada sediakan kemudahan van & bas kalau nak ke Bandar Baru Salak Tinggi dan Nilai. Kalau nak pergi KTM Nilai, LCCT, KLIA pun kolej boleh sediakan transport. Kena bayar sikit la, tapi berbaloi banding nak naik teksi. Untuk pelajar lelaki, bas kolej akan hantar korang untuk solat Jumaat. Untuk orang Kristian yang nak ke church pun, ada transport disediakan. Kalau nak keluar masa weekend, boleh ambil teksi takpun kereta sewa.

Kat Nilai sekarang dah ada Giant & Mydin, in case korang taknak shopping jauh. Kalau nak jauh sikit, boleh je nak lepak kat Alamanda, Seremban, Mines, MidValley pun boleh. :) Untuk pelajar perempuan, kira advantage jugak la bagi sesiapa yang suka shopping baju, kain, tudung sebab Nilai Square dekat je. Borong je la banyak mana yang korang nak.



Kafe kat kolej boleh tahan. Tapi katakan nak makan fast food, pergi je Nilai. Yang confirm ada ialah KFC, Pizza Hut, McD, Secret Recipe, A&W, Old Town White Coffee dan bla bla (tak ingat. Haha). Haaa, ada Ice Room! Best gila. :D

Lecturers, insya-Allah, komited dlm pengajaran dan pembelajaran. Lain lah kalau lecturers ada program, mungkin akan cancel kelas dan ganti pada masa lain.

Student A-Level ada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sendiri. Jadi, kalau nak uruskan aktiviti or sampaikan masalah kepada pihak atasan dgn lebih efektif, jumpa dengan ahli MPP la ye. Pada yang tak pernah mengundi, kat sini ada pilihan raya. Korang akan dapat pengalaman tu. Hehe.




By the way, batch A-Level ada macam-macam pertubuhan. Contohnya, Badan Agama, Dakwah & Rohani (BADAR). Ada je pertubuhan untuk agama Kristian, kaum Cina, kaum India tapi tak ingatlah nama dia. Nak lebih kurang je nama.

Dan jangan lupa, build a good relationship with other students. Jangan hanya bergaul dgn student A-Level je, kat situ pun ada student private yang ambil diploma dan sijil, jalinkan ukhwah dengan diorang jugak k.

Selalunya, pihak kolej akan jemput wakil batch senior yang dah fly untuk bagi talk kat student A-Level KTT yang baru, if let say diorang ada kat Malaysia masa tu, diorang akan share experience diorang. Tahun lepas, yang bagi talk tu abang Imanul Hassan, Alimin & Alfian. Masa ni la saya booster semangat nak ke India. :)

p/s - Insya-Allah, saya sambung secepat mungkin ea.

Edited, 160810
SS, Perak, Malaysia

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.