Anak Bercinta Dengan Emak Sendiri - Subang, Jawa Barat

December 24, 2010

Kat Jawa Barat, Gunung Tangkuban Perahu ni sangat famous dan memang tempat pelancongan kalau datang ke Bandung ni. Emm, lebih kurang macam super mini Cameron Highlands.

Tangkuban Perahu ni maksudnya perahu yang terbalik. Bila tengok sendiri, ada la nampak rupa perahu tu sebab gunung tu mendatar. Cuma saya pun tak tahu kat bahagian mana yang dimaksudkan. :D

Anak Bercinta Dengan Emak Sendiri - Subang, Jawa Barat


Kenapa perahu boleh terbalik? Ada kisah dia. Memang banyak sangat versi, tapi saya pilih yang ni la bagi faham sikit. SOURCE .


Forbidden Love. 
Anak bercinta dengan emak sendiri. T__T

Boleh rujuk gambar kat atas kalau korang hebat nak tafsirkan. :D


Alkisahnya.........Ada raja dan ratu ni, diorang ada seorang puteri, Dayang Sumbi. Satu hari Dayang Sumbi ni tengah menenun kat beranda istana, dia terjatuhkan pintalan benang atas lantai. Sebab malas sangat nak ambik, dia bersumpah dia akan menikahi sesiapa yang ambik pintalan tu.
Ditakdirkan kottt, seekor anjing sakti, Tumang yang ambik. Nak tak nak Dayang Sumbi kena kahwin jugak dengan anjing tu. Diorang dapat anak lelaki berupa manusia tapi ada kuasa sakti macam Tumang. Anak diorang nama Sangkuriang. Tumang selalu teman anak dia ke mana-mana je, tapi sebagai anjing, bukan ayahnya.
Satu hari Dayang Sumbi ni suruh anak dia buru rusa. Tapi, Sangkuriang ni tak berjaya. Dia bunuh Tumang, pastu bagi daging tu kat emak dia. Bila emak dia dapat tahu terus dipukulnya Sangkuriang sampai berbekas kat kening. Lepas tu Dayang Sumbi kena halau oleh mak ayah dia. 
Nak dijadikan cerita, masa Sangkuriang pergi menjelajah, dia jatuh cinta dengan seorang wanita cantik. Sebenarnya, wanita tu ialah mak dia. Tapi masing-masing tak tahu. Bila dah nak nikah, baru Dayang Sumbi ni perasan ada parut kat kening Sangkuriang, terus batalkan nak kahwin. Caranya, dia bagi syarat, suruh Sangkuriang buat empangan yang boleh tutup seluruh bukit then buat perahu dalam masa kurang daripada sehari.
Bila tengok kerja Sangkuriang dah nak siap, Dayang Sumbi berdoa la cepatlah pagi. Bila dah pagi, Sangkuriang marah gila, terus tendang perahu tu jadila terbalik. 

---------------------------

Pelik? Kalau baca versi lain, lagi la pening kepala memikirkan macam mana seekor babi hutan lahirkan manusia. :p 


Anak Bercinta Dengan Emak Sendiri - Subang, Jawa Barat

Ni suasana dari atas gunung. Suhu dalam 17 darjah Celcius, sejuk macam duduk dalam aircond.

Anak Bercinta Dengan Emak Sendiri - Subang, Jawa Barat


Ni kawah gunung berapi, masih aktif. Siap berasap-asap lagi. Cuma tak menunjukkan tanda-tanda nak meletus. Kalau gunung berapi ni meletus, lenyapla Bandung dari hidup kita. Nauzubillah, jangan lah. Masa nak naik gunung ni, memang sepanjang perjalanan ada bau belerang. Dan kat kawasan kaki gunung ada banyak kawasan air panas :)


Anak Bercinta Dengan Emak Sendiri - Subang, Jawa Barat


Kat atas gunung ni banyak jugak orang jual barang. Especially sweater, pashmina, t-shirt Bandung, topi, beg bulu arnab, tali pinggang, strawberi, souvenirs pun banyak. Tapi agak mahal la, sebab diorang memang tahu yang datang kat atas ni memang tourists T_T

Dan ni la akibatnya bila diorang tahu korang Malaysians.
HOHO.

Anak Bercinta Dengan Emak Sendiri - Subang, Jawa Barat


Sangat susah nak get rid daripada diorang ni. Diorang akan follow je mana korang pergi sambil pujuk beli barang jualan masing-masing. Kalau pandai tawar jadi murah kaw-kaw punya, silakan. Tapi sekali dah beli, orang lain pun akan mengekor pujuk beli lagi. Haha. Cara paling selamat, masuk mana-mana kedai takpun naik kereta and make sure tingkap kereta bertutup.

Anak Bercinta Dengan Emak Sendiri - Subang, Jawa Barat


Ni saat melarikan diri daripada penjual, sambil isi perut dengan TEMPE TEMPE TEMPE dan TEMPE. Erkkk. Kat Indonesia ni sangat kaya dengan tempe, pergi la makan kat mana-mana pun, mesti dia hidang sekali tempe. Rezeki saya suka tempe agaknya. Boleh la nak geng dengan Cik Epal. Hehe

p/s - Macam malas pulak nak sambung laporan ni. :D

K la, tengok la kot-kot bersambung. Banyak lagi rasanya. Bye, salam.

101224

Edited, 160810
SS, Perak, Malaysia

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.