Hujung Minggu di Bingen bersama Aisya :D

December 29, 2015

Dah seminggu dah, lepas balik dari lepak-lepak dengan Aisya kat Bingen.

Aisya, Hanis
Aisya & me :D

Amboi, jauh betul lepaknya. Hradec Kralove, Czech ke Bingen, Germany. :D Memang jauhhhh, tapi sebab dah lama simpan hasrat nak jejak Bingen ni, try jugak tunaikan. Tapi masa2 sebelum ni betul la tak sesuai. Dah tu, selesaikan exam dulu baru plan ke sana. So, sempena mula je cuti Krismas ni, ke Bingen lah kita :D 

Bingen ye, bukan Bergen. Haha kadang2 saya pun confuse kejap. Bergen ni letaknya kat Norway.




Alhamdulillah, saya & kawan-kawan buat roadtrip ke Bingen. Hehe, asalnya nak naik train berdua je, tapi bila tahu ada kawan teringin nak pergi Christmas Market kat Dresden, jadinya ajak diorang sekali. Hehe, christmas market kat Dresden ni memang famous untuk budak2 Malaysia kat Czech ni, tak tahu kenapa sebabnya saya tak sampai lagi. -_-' Cumanya, sekarang ni kena hati-hati lebih bila ke Dresden, sebab Germany belah timur ni ada anti2 Islam. 

Christmas market ni, korang bayangkan ala-ala pasar malam kita tu lah. Cuma sini lain sikit lah suasana dia. Ada banyak makanan (biasanya local food, part ni yang best!), siap ada yang jual daging2, sosej semua, cuma buah sayur diorang Western style lah sikit - berries camtu dan ada yang dijual siap bersalut coklat, gula etc.

Sunset on Autobahn
Sunset on Autobahn 

First time jugak drive kat Autobahn yang famous dengan takde speed limitnya. Kereta Skoda Octavia ni pulak jenis tegap, berat - memang tak sedar bila masa speed lebih 160km/j pun. Tapi, actually kat autobahn ni ada je speed limit, kena alert dgn notis sepanjang jalan tuu. Biasanya kat mana-mana simpang keluar, ada je warning 110km/j camtu. Alhamdulillah, masa ke Bingen ni, kereta tak banyak sangat, so, okay je lah drive tu. ;)

Sempat singgah Nuremberg jugak, pit stop kitorang sebelum jejak Bingen, saja nak bagi kereta rehat jap sambil melawat kawasan. Ingat nak pergi Christmas market jugak tapi tak sempat nak cari lokasi punnn.

Tempat shopping kat Nuremberg. 

Sampai Bingen nak dekat pukul 9 malam camtu, memang dah lewat malam kalau ikut cara hidup orang sini. Kelakar bila ingat balik, kitorang drive 2 kali ulang alik depan rumah Aisya sebab tak nampak nombor rumah. Aisya perasan rupanya, masa kitorg tengah cuba nak parking, tetiba dah ada Aisya kat depan pagar rumah. Nak parking, mula2 nak try je parking sendiri tapi last2 Cik Juwaily yang kena tolong. T____T Hahaha, thank you.

Aisya ni comel sangattttt, banyak betul benda dia bercerita and I enjoyed that so much!! And she is just being herself lebih kurang sama macam dalam blog. Cute couple sangattttt Aisya & Zu! Saya memang lambat betul nak tukar panggilan Cik Juwaily dengan nama betul. -_-'. Dapat kenal dgn Kak Atie jugak, kitorang tidur bilik Kak Atie je masa lepak sini. :D Di kala dia tengah siapkan thesis, kitorang membising dalam bilik. Thank you laa bersabar dengan kitorg.

Trip kali ni memang kena dengan nama Trip Makan & Bersosial! Tak sempat nak lapar sangat pun, ada je makanan yang muncul. Aisya siapkan makanan sedap sedap semuanya. :D Fuhhh, terasa-rasa lagi nasi beriyani, mee bandung/kari Bingen :D

"It's funny how someone who was just a stranger last year, can mean so much to you now." - quote dari FB Aisya hehe

p/s - bersambung...insyAllah ameen ameen.

Hradec Kralove, Czech
151229

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.