kek oreo

May 22, 2013


Gambar ni dah pernah share kat FB.
Nak share lagi sekali, dengan resepinya :)
Jom try!



Google je resepi ni, terus jumpa satu blog, simple jugak rupanya buat kek oreo ni. Haha, bagi orang yang amatur baking macam aku ni, bila jumpa satu resepi tu nampak senang, silalah teruskan untuk membuatnya, jangan tangguh-tangguh.

Apa-apapun, aku taklah ikut bulat-bulat resepi tu, banyak je alter. :)


KEK OREO


250 gm butter
1 cwn gula (aku guna 3/4 cawan, okay je)
2 cwn tepung naik sendiri (errr aku guna tepung gandum biasa tu)    
1 sudu kecil baking powder - tepung dan baking powder diayak
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
8-10 keping oreo - kisar halus (aku pun kisar sekali dgn krimnya)

Caranya:-


1. Campurkan butter, gula. tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul dengan mixer. Kalau ikut resepi asal, 2 minit je. Tapi, aku tak tahu sangat tekstur pukulan lepas 2 minit tu okay ke tak, hehe. So, aku pukul je lagi sampai nampak menarik tekstur dia di mataku.
2. Campurkan oreo dan gaul rata. Takyah guna mixer pun.
3. Bahagi adunan kepada 2. Bakar berasingan. (Resepi asal, boleh dapat sampai 3 layers) :p
4. Bakar dalam oven dgn suhu 170C selama 20-25 minit atau sehingga masak.


SIAP KEK!

.................................................................


DEKORASI KEK -_-'

Šlehačka (whipped cream)
Cream cheese
Icing sugar
Oreo (kisar, dengan krim sekali)




Caranya:-

1. Whipped cream (dalam 200g), 2 sudu cream cheese, 3 sudu icing sugar - pukul dengan mixer sampai betul-betul kembang. Kawan aku cakap, sampai kalau terbalikkan bekas, cream tu tak mengalir or terbalik sekali.
2. Permukaan setiap kek hendaklah diratakan. (Tak ratakan punnnn T_T Tak reti nak potong straight dua-dua permukaan tu, aduh)
3. Ambil kek pertama dan disapukan cream yang kita dah pukul tu di atasnya. Lepas tu, taburkan serbuk orea sampai tak nampak permukaan warna putih :D 
4. Lapiskan dengan kek yang kedua. 
5. Ratakan cream kat dinding & permukaan atas kek. Okay, bahagian atas tu, deco la macam mana yang korang nak. Aku ni takde skill sangat, so, aku tabur je oreo jadi bentuk hati. Itu paling kreatif aku boleh fikir masa tu pukul 1.30 pagi. :p
* Kek dalam blog ni memanglahhh menguji keimanan! Cantik sangat, kalah bakery shop! Woot




Bersyukur diberi peluang duduk di tempat yang betul-betul jauh dari pangkuan keluarga. Jauh dari keselesaan memilih makanan. Jauh dari kedai-kedai makan yang bukak 24 jam. Jauh dari restoran yang tumbuh melata di Malaysia. Jauh jugak dari kedai-kedai runcit yang jual stok makanan. :p

Keadaan ni lah yang mengajar untuk berdikari. Daripada tak reti masak langsung jadi dah boleh masak untuk at least 7 orang. Nak makan, carilah resepi dan masaklah. :) Walaupun awal-awal tu memang susah la nak dapat rasa perfect kan, tapi banyak kali practice dah better, insyaAllah. Survival skills! Hoyeah. 

Jazakillah khairan katheera untuk warga Ad-Deen yang selalu share experiences, thanks Google for all recipes. 

Terima kasih ya Allah untuk semua nikmat ni. <3

"Maha suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu." Al-Mulk 67:1



Salah satu muwasafat tarbiyah ->> Mampu berdikari (0:52) Hihi, kena sangat!


p/s - Final exams. Doakan kami yep. :)
Ad-Deen, Buzulucka
130522
1342


Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.