Fun Facts About Dandelions

May 25, 2013


Fun facts about dandelions :) 

  1. Sebutan sebenarnya ialah dan-de-lai-yen as in lion - singa. (/ˈdændɨlaɪ.ən/ dan-di-ly-ən). Bukannya dan-de-li-on. Dinamakan begitu sebab ada daun yang tajam ibarat gigi singa. T_T (French - dent-de-lion, bermaksud "lion's tooth")
  2. Ia ialah sejenis bunga dan boleh dimakan oleh manusia. :O Oho, suprisingly, I just knew that.
  3. Benih dia boleh terbang dibawa angin, ibarat parachute.
  4. Dandelion dalam bahasa Czech ialah pampeliška.
  5. Asal dari Eurasia, tapi sekarang dah tersebar di seluruh dunia. WOW!
Kebaikan

  1. Tumbuhan sampingan yang baik untuk bercucuk tanam. :D
  2. Akarnya boleh tambah mineral dan nitrogen dalam tanah.
  3. Melepaskan gas ethylene yang boleh bantu buah untuk masak.
  4. Sumber makanan untuk burung.
  5. Daunnya ada digunakan dalam traditional Chinese & Korean cuisine.
  6. Di Greece, daunnya dimakan dalam bentuk salad secara mentah / rebus. Juga dimakan sebagai salad oleh bangsawan Victoria. (Errr tak pasti bangsawan apakah ini. -_-')
  7. Bunganya dijadikan salah satu ramuan untuk buat dandelion wine, traditional British soft drink dan juga root beer. Err.
  8. Akar yang dipanggang boleh dijadikan kopi tanpa kafein. Nice!
  9. Daunnya ada banyak vitamin & mineral especially vitamin A, C & K. Termasuklah sumber Calcium, Potassium, Iron & Manganese.



Bahaya
  1. Debunganya boleh menyebabkan allergic ataupun bahaya pada kulit yang sensitif. Mungkin berpunca dari getah yang ada pada batang dan daunnya.
  2. Disebabkan ada level potassium yang tinggi, kalau dimakan, mungkin boleh menyebabkan hyperkalemia.
Perubatan

  1. Ada banyak bahan aktif untuk ubat-ubatan.
  2. Digunakan sebagai ubatan herba di Europe, North America & China untuk rawat jangkitan, masalah hempedu dan masalah hati. Juga digunakan sebagai diuretic (bahan untuk cairkan urine)



SubhanAllah. Sekecil-kecil bunga inipun, penuh dengan manfaatnya. Selama ni dipijak je bila berjalan atasnya, takpun, hanya bersukaria meniupnya sebab memang cantik melihat benihnya berterbangan. Macam salji. 

Oh ye, dah tengok video kat atas? Dah tahu la kan macam mana dandelion ni menjadi bunga dan seterusnya menjadi 'tumbuhan' yang boleh berterbangan. Teringat ayat dalam surah Al-Jumuah, ayat 10, 
"Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi; carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung."

Ibarat dandelion yang terbang ditiup angin dan mampu hidup di mana sahaja dia mendarat, begitulah kita sepatutnya mampu survive di mana sahaja kita berada, dan dalam apa juga kondisi kita. Kembalilah pada sumber utama, Al-Quran dan Sunnah, ingat Allah selalu, dan dengan izinNya, kita akan berjaya. Ameen.

p/s - I was playing cricket yesterday when suddenly I felt bad to step on dandelion on the field. T_T

Sumber :- 
http://herba.berita1.com/dandelion-taraxacum-officinale
http://en.wikipedia.org/wiki/Taraxacum
Ad-Deen, Buzulucka
130524
2055

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.