stříbrný rybník, hk, czech

May 9, 2013


"Look around yourselves, can’t you see this wonder, spread in front of you, the clouds floating by, the skies are clear and blue" #maherzain #openyoureyes

Watch how the trees start to bloom right after the winter and autumn seasons. Do you realised who make it happen? Take your time, have a walk, see something that can increase your Iman. Easiest to treasure, the nature. Everywhere.

Indeed, to Allah belongs the dominion of the heavens and the earth; He gives life and causes death. And you have not besides Allah any protector or any helper. (9:116)



May 1. Hari di mana rakyat Malaysia tengah cuti Hari Pekerja.
Di Czech ni pun, kami cuti jugak, cuma tak pasti cuti untuk apa. Tapi, sebagai pelajar, memang tak lari dari kelegaan bila dapat cuti macam ni :) Hari yang dinantikan. 

Jadinya, hari tu, kami sekeluarga (err haha bolehlah, nama pun duduk serumah, kira keluarga lah tu) ke tempat yang tak asing lagi untuk pelajar-pelajar di Czech ni. Stříbrný Rybník. Pernah jugak post pasal tempat ni sebelum ni, Tamrin Nisa kalau tak silap. :) Cumanya kali ni dengan basikal(!) instead of bas.


Bila berbasikal, dah pasti peluang untuk menikmati angin sejuk menyapa, cahaya matahari, kehijauan alam tu lebih banyak. Anytime, boleh je nak berhenti, ambil peluang snap few pictures untuk kenangan. 

Sepanjang perjalanan, semuanya berjalan lancar. Dan sekarang dah tak takut lagi untuk bawak basikal atas jalan raya. Fakta tentang Czech, basikal ialah satu kenderaan, in other words, konsep bawak basikal sama rules macam bawak kereta. Motorsikal pun sama. No way nak menyelit-nyelit. Dan signal semua pun applied to cyclist. :) Lampu takde waktu malam pun boleh kena saman. -_-'

Jadi, lets enjoy few more pictures with me. :)



Stříbrný Rybník ni letaknya di kawasan luar bandar dan frequent jugak bas lalu kawasan ni. Every hour, I think. 

Rumah-rumah kat sini memang biasanya atas tanah (maknanya bukan jenis flat or apartment), dan mereka ada garden sendiri. Just tengok gambar kat atas tu. Nampak tak kuda? Weee, excited nampak kuda. Terbayang-bayang kuda-kuda dalam sirah Islam masa Nabi, sahabat-sahabat dan umat Islam nak pertegakkan Islam dan menyebarkannya. Teringat seorang akhwat pernah cakap, untungnya kuda-kuda tu bawak Nabi dan yang lain. Macam best jugak kalau dapat jadi debu-debu padang pasir yang menyapa mereka semua T___T.



Ala-ala pohon sakura. Tak di Jepun, Czech pun ada ^_^


Hijau di mana-mana. Now I know kenapa orang suka warna hijau. Tenang, aman, damai. Rasulullah SAW pun suka warna hijau. Maybe lepas ni kena masuk dalam warna favourite. Hihi.



Bicycles and lake. :) Oh yee, basikal kat Czech ni sangat mahal. Especially first hand T_T. Pergilah mana-mana kedai basikal, mahupun kedai sports yang jual basikal. Average harga = 6000kc. approximately +-RM1000. Ada jugak yang mencecah 25 000kc. OUCH! Dan dalam banyak-banyak kes kecurian kat Czech ni, mostly involve basikal. Kalau berkunci pun boleh hilang, apatah lagi kalau tak kunci. :O

My own bicycle pun, kena simpan dalam rumah T_T. Langkah selamat. 


Tadabbur alam. Al-'Ankabut 53-69.

Standard style nak cari ayat tadabbur. Just open any page yang tangan kita terasa nak bukak. Pappp, sekali bila tadabbur, memang kena sekali dengan keadaan masa tu. Heaven!

"Dan jika engkau bertanya kepada mereka, "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?." Pasti mereka akan menjawab, "Allah". Maka mengapa mereka bisa dipalingkan (dari kebenaran) " - 29:61

Kadang-kadang manusia ni memang excited or takjub (is it a suitable word to describe it?) dengan nama-nama Allah di langit, di daun, di pokok, di kulit anywhere you can say. Tapi bukankah Allah is still the one yang create the universe? Rasanya tak perlu benda-benda 'menarik' macam tu untuk rasa kagum dengan kekuasaan Allah. Alam ni terbentang luas, semuanya belong to Him. Semuanya bergerak, terjadi dengan izin dan pengetahuanNya. Kan? 

Jom sama-sama muhasabah diri. Diri ini pun tak lari dari pernah berfikiran begitu. :)





I learnt a lot from the nature. His creation.

Ad-Deen, Buzulucka
130509
1312

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.