4 Jam di Bihac, Bosnia & Herzegovina

July 28, 2015

Kami tinggalkan guest house dengan teksi yang dah ditempah sebelum trip tu. Dah survey banyak websites dan baca sharing orang lain yang pernah travel between Plitvice & bandar dalam Bosnia, rata-rata drive kereta sendiri (in which driving sepanjang negara Balkan nampak teramatlah best!). Bas lompat-lompat ada, tapi awal pagi sangat dan kami tak yakin sempat bersiap seawal tu. :p

Jadinya, spend 53 Euro untuk satu teksi, bahagi 4 orang. Yang bas tu, memang jauhhhh lagi murah. Just, bergantung pada plan masing-masing yep.

una river, bihac
Sungai Una yang merentasi Pekan Bihac

Perjalanan dari Plitvice ke Bihac, sangat cantik, boleh nampak gunung menghijau. Sungai kebiru-biruan apatah lagi. Tapi, sebab banyak sangat sembang dengan driver, tak teringat nak ambik gambar T_T Cermin tingkap pun tinted, hmm takpalah :)

Apa-apapun, alhamdulillah, selamat tiba di Bihac. Dan bersyukur jugak Allah bukakan hati untuk spend few hours kat pekan kecil ni. Kalau Bihac ni termasuk dalam route korang, singgahlah, tak rugi insyAllah :D

Rasanya specialty kat Bihac ni ialah sungai Una. Sungai Una ni panjangnya 212km. Apa yang membuatkan Una ni menarik ialah, dia jadi natural border antara Croatia & Bosnia sebanyak 3 kali! Sungai ni bermula dari Croatia dan masuk ke Bosnia. 

una river, bihac

The best thing bila masuk Bosnia, ialah makanan halal dan rakyatnya :) 

Walaupun nampak masih kurang menerima orang yang bukan dari area negara ni, tapi bila tahu kita Muslim, kebanyakan nampak sangat gembira. Memang terpancarlah kat wajah diorang tu. Lagi-lagi bila tahu kita Malaysians. Rasanya ramai antara kita yang tahu, Malaysia banyak menyumbang untuk pembangunan semula Bosnia & Herzegovina selepas perang 1992-1995 tu. 

Masih boleh nampak kesan-kesan perang yang ada kat bangunan di sekitar Bihac ni. T_T

post war, bosnia


Kami sempat berkunjung ke Fethija Mosque, cuma masjid tak dibuka selain waktu solat. :( Jadi, dapat tengok sekitarnya sahaja.

fethija mosque

Fethija Mosque ni asalnya Gereja St. Antoine yang dibina sekitar abad ke-14. Tahun 1592, kawasan Bihac ni ditawan oleh tentera Uthmaniyyah dan sejak itulah gereja ni ditukarkan kepada masjid, dan dinamakan Fethija. 

Dalam kawasan masjid ni, ada beberapa batu nisan orang-orang besar Croatia yang menyumbang kepada Bihac ni. Tapi dah dihantar ke National Museum kat Sarajevo. 

Oh ya, nak tahu maksud Fethija? Awesome meaning! :) Fethija dari Arabic word - fath = kejayaan. Tapi sebutan 'ja' tu berbeza taw - jadinya 'ya'. WAllahualam.

--------------------------------

Kat bawah ni, saya share few pictures sekitar Bihac yeap.

bihac, bosnia
Pekan Bihac

bihac, bosnia
Boleh hayati betapa jernihnya air yang tak dicemari sampah sarap :D Sedih bila tengok sungai kita banyaknya dah jadi teh tarik. 

bihac, bosnia
Sungai Una lagi :)

Sebelum bertolak ke Sarajevo, sempat singgah solat di masjid dekat dengan stesen bas Bihac. Mungkin Allah nak bagi peluang berjemaah di Bihac ni bila azan berkumandang masa kami on the way ke stesen bas. 

masjid di bihac
Masjid di Bihac, BiH

Satu cabaran di masjid ni, bila tiada tempat ambik wuduk untuk wanita. Tempat wuduk lelaki pulak, memang betul2 di bahagian dalam pintu masuk masjid. Jadi, take turn la kami - seorang jaga pintu masuk, seorang jaga pintu tempat solat lelaki, seorang jaga beg-beg, dan seorang lagi ambil wuduk. 

Survival, aite?

Next stop - Sarajevo. 
InsyAllah. :)

Hradec Kralove, Czech

150426
KK, Kelantan, Malaysia
150727

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.