Resepi Mango Lassi

July 20, 2015

Korang nak something berbeza untuk diminum?

Taraaaa, Boleh try buat sendiri minuman ni, mango lassi :)

Pertama kali saya minum mango lassi ni kat The Royal Maharaja, Indian restaurant di Hradec Kralove. Kedai ni yang bestnya sebab dia boleh supply daging halal if requested. Well, nak makan kat restaurant yang jual menu ada daging halal tak lah mudah sangat, selain kebab. :) 

Cumanya, harga agak mahal, biasanya saya sendiri order menu paling murah ataupun memang jarang sangat pergi sini. 

Dan minuman... memang takdelah teh tarik, air sirap. Mango lassi ni lah antara minuman yang kita boleh order  :) Harga segelas 300ml = 45kc, lebih kurang RM 8. 

resepi mango lassi

Sepanjang kat Czech, memang tak terfikir pun nak buat sendiri. Mungkin sebab mangga ni boleh dikatakan exotic fruit yang tak murah dan kadang-kadang je dijual, ataupun kurang berminat sangat dengan yogurt. Mungkin jugak takut nak blend ais. Haha, banyak betul alasan.

Kat rumah di Perak ni, semua tu bukan masalah :D except yogurt, fobia lepas insiden Balkan Trip lepas. Tapi alhamdulillah, I can go along with this yogurt. Sedap bila diblend jadi mango lassi ni. Perut pun boleh terima. 


resepi mango lassi


Actually, ni boleh katakan rough recipe je ye. Boleh try ikut sukatan masing2, citarasa lain-lain kan. Nak masam lebih, banyakkan mangga. Nak cair, lebihkan yogurt atau tambah air. Nak manis, banyakkan gula :)

Resepi Mango Lassi. 
(untuk 4 gelas)

- Ais (dalam 2 mangkuk sup kecil tu)
- Mangga (2-3 biji saiz kecil)
- Yogurt mango flavor (350ml)
- Gula / susu pekat manis (dalam 2 sudu makan)
- Air (kalau nak cair)

Tengah musim mangga kan sekarang? Boleh la try untuk minum2 sekeluarga. :D

Selamat mencuba!

Dan selamat hari raya semua.
Taqaballahu minna waminkum. <3

150720
SS, Perak, Malaysia

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.