Hello November :)

November 5, 2015


Dah 5hb dah kan :) Happy birthday abg long!

Rasa macam baru je lagi menikmati kecantikan bunga api tahun baru 2015 kat atas lebuh raya di Istanbul. Sesat punya pasal bila GPS tak cover Turki. 

2015.

Tahun ni alhamdulillah tak seberat tahun lepas, dari segi dugaan hidup. Study sentiasa rasa makin susah tapi still... boleh move on lah. 

Dah lebih 4 tahun duduk di perantauan ni, memang rasa tak sabar nak balik. Tapi bila memikirkan susahnya kerja berbanding belajar, rasa taknak balik. Rindu family memang sentiasa. 

Hari tu ada seminar tentang macam mana nak sambung kerja kat Czech ni ha. Dan negara2 lain, UK Ireland Sweden etc. Bila dengar rasa macam....balik je lah. Gaji tu memang of course negara lain tinggi lagi. Dengarnya Botswana pun boleh offer gaji utk foreign doctors sampai 2000 Euro sebulan, dengan penginapan sekali. Lol. 

Ottoke?

Fikir fikir fikir. 

Oh, kalau kerja sini tak mudah sangat. Teknologi memang tiptop, sistem macam menarik tapi kurangnya part bahasa. Belajar in English, macam mana nak expect diri fluent bahasa Czech. Haha. Siapa yang ada inisiatif sendiri, memang power lah Czech dia. 

Cikgu siap suruh kitorang cari boyfriend girlfriend orang Czech. Amboi.

Hehe. Pelik pulak rasa dah lama tak post kat blog. Tengah try post via email ni. Kot kot la lepas ni boleh try buat live update hahaha.

Okay lah, nak kena bersiap ke kelas. Untuk yang sudi baca, nah saya hadiah gambar autumn ni yang dah ada kat Instagram sebenarnya. ^_^



Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.