Mount Vogel yang Memukau!

April 18, 2016

Selesai letak beg dalam luggage room di hostel, terus ke stesen bas Bled untuk naik bas ke Bohinj. Bohinj ni letaknya dalam 30km dari Bled dan kat sini jugak ada tasik yang besar, lebih besar dari Bled. Pengunjung tak ramai sangat kat sini berbanding Lake Bled walaupun sebenarnya Lake Bohinj ialah tasik terbesar di Slovenia! Mungkin sebab Lake Bled nampak lebih romantik kot? :D

Pasal tasik ni, nanti saya berkongsi lebih lagi kat post lain :)

1535m - ski resort. The peak of Mount Vogel = 1923m

Bohinj ni antara kawasan yang terletak dalam Triglav National Park, satu-satunya national park di Slovenia. Gunung tertinggi kat sini (dan di seluruh Slovenia) ialah Mount Triglav (2864 meter) yang jugak tertinggi di Julian Alps

Mount Vogel

Bila sebut banyak-banyak kali perkataan Vogel ni, memang terasa pelik sikit. -__-' Kalau naik bas, boleh turun kat Žičnica Vogel križišče. Kalau takde, boleh jugak turun kat last stop - Bohinj Zlatorog (one way from Bled - 4.10 Euro). Dari sini, either nak terus ke Mount Vogel ataupun Slap Savica, ikut masing-masing.

Slap Savica ni pun famous jugak dengan air terjunnya. :) Cuma sebab saya seorang, tak berani nak jalan ke sana. 

Mount Vogel ni terkenal dengan ski resort nya. Memang penuh parking lot di kaki gunung ni dengan kereta, majoriti nombor plat dari Slovenia sendiri. Banyak jugak dari Itali dan Austria. Untuk pengetahuan am kita semua, Slovenia ni berjiran dengan Austria (utara), Itali (barat), Hungary (timur) dan Croatia (selatan).




Dari kaki gunung, kita ada pilihan nak naik atas dengan mendaki mula dari bawah ATAUPUN naik kereta kabel ke ski resort dan mula mendaki. Cuma, majoriti orang recommend pilihan kedua tu.

Return ticket for student is about 12 Euro. 

Mula-mula rasa nak cuba hiking dari bawah, tapi sedar diri tak fit - saya memang terus beli tiket. Dan sampai je kat atas, bersyukurnya saya tak hiking. Haha. Saya nampak stesen kereta kabel tu kecil macam semut, kalau hiking tu......speechless la.


Kat atas ni pemandangan dari kereta kabel. Cantik sangat subhanAllah! Yang air tu lah Lake Bohinj. :D Saiznya dalam 4.2 km (panjang) x 1 km (lebar).



Suhu kat atas masa ni dalam -0.3 degree. Mula-mula tak rasa sejuk sangat, lagi-lagi bila berjalan tu badan masih boleh berpeluh. Mungkin sebab saya pakai trench coat agaknya, tak tahu apa kaitan hahaha tapi biasanya saya pakai winter jacket kalau nak naik gunung. Tu yang terasa beza. 

Dan walaupun memang pakai winter boot masa ni, alahai, stokin masih boleh basah. T_T


Comel, macam penguin. :)

Tergamam rasa bila tengok ramai betul manusia kat atas ni! Dari kanak-kanak sampai atuk nenek semua lengkap dengan ski equipments. Ada tournament masa ni. Gambar kat atas ni kumpulan budak-budak tengah belajar. Itu pun nampak hebat sangat dah. Pekerja ski resort ni ada kat mana-mana sekitar skiing areal ni dan diorang pakai vest kalau tak silap. 


Garisan panjang atas salji tu sebenarnya ski escalator. Kawasan beginner - penuh kanak-kanak. 


Ski lifts.
Masa ni, saya dah start hiking. Kalau tengok gambar kat atas, bangunan bentuk kotak yang betul-betul kat tengah gambar, itulah stesen kereta kabel. Route sangat penuh snow, sampaikan papan tanda untuk hiking pun nak tenggelam dek snow. Haha. Sesat.

Bila nampak stesen kereta kabel tu, fikir panjang mampu ke nak balik ke sana ni? -___-'

Kaki melangkah. Masa ni tengah guna monopod as hiking stick, tak perasan lupa nak switch off GoPro. Lol.

Tapi langkah perlu diteruskan. Dari apa yang saya refer, saya aim nak sampai ke Mount Šija. Dari upper cable car station tu patutnya dalam sejam suku dah boleh sampai, tapi mungkin tu estimated time untuk warm season agaknya. T__T


End up, in the middle of nowhere, I decided to get back to the upper cable car station. It was starting to snow as well. Jalan licin, cermin mata berkabus. :p 

Sambung cita-cita ni kalau ada rezeki ke Slovenia lagi insyAllah ameen! Kita aim Mount Triglav terus!



Nenek ni teruja tengok monopod, terus diajaknya bergambar. Ambik la sekali :) Nenek ni nak masuk 70 tahun weh, look how fit she is! 


Overall, I love going to high places like this one. When looking down the mountain, I realised how small I am from the top and even from Allah. Just like traveling by planes, literally you can not see anyone from the planes' windows. But, Allah sees us, clearly. 

p/s - bersambung

S.K. Neumanna, HK, Czech
160411

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.