4 Kesan Ion Negatif dalam Hidup Kita

April 26, 2016

Dalam kelas hari ni cikgu ada sebut term "air washing machine". Tak pasti wujud ke tak sebenarnya term ni, sebab tak jumpa dalam Google. Mungkin term ni direct translation dari bahasa Czech, I'm not sure. :D 

"Air washing machine" ni ialah mesin yang menggabungkan humidifiers & ion generators. 

humidifier gif
Gambar Google - keyword humidifer funny gif ;p

Humidifiers ni rasanya ramai antara kita yang tahu kan? Rata-rata bangunan perlu ada humidifier - untuk lembabkan udara yang kering. Pernah dengar humidity kan? 

Humidity - kuantiti wap air di udara (kelembapan)

Udara kering ni tak bagus untuk kita, udara yang lembab sangat pun tak elok jugak. Kena bersederhanalah, ambil tengah-tengah. :D

Low humidity boleh buat kulit kering, gatal hidung, gatal tekak, gatal mata. High humidity pulak akan tolong pembiakan kuman-kuman semua tu. 

-------------

Ion generators / ionizers ni pulak... hmmm sesuatu yang baru jugak untuk saya. Fungsi dia untuk produce banyak negative ions. Banyak faedah rupanya negative ions ni, walaupun ions ni sesuatu yang kita tak nampak, takde rupa, takde rasa semualah.

Pernah tak rasa tenang sangat bila kita pergi hiking, lepak kat hutan mana-mana, picnic tepi sungai air terjun pantai semua tu? Perasan tak rasa tenang je lepas hujan lebat, siap kilat guruh petir semua tu? 

be grateful, quote



Tempat / situasi macam ni lah ada banyak negative ions! :D Teruja tak teruja tak? Haha. Entahlah saya excited bila tahu fakta ni. 

Bila bandingkan dengan tempat yang kita tinggal, memang kurang negative ions - bandar, penggunaan air-cond, barang-barang elektronik. Sebabnya, benda-benda ni lebih banyak hasilkan positive ions. 

Macam mana full mechanism negative ions ni pengaruh hidup kita tak dapat dipastikan lagi. Tapi, apa yang saya nak kongsikan ni, lebih kepada kajian lapangan, eksperimen, hipotesis etc.

1. Ion negatif mencerdaskan otak.

Menurut kajian, ion negatif ni akan banyakkan aliran oksigen ke otak, jadinya kita takde lah lemau je tak fokus semua tu. 

Pierce J. Howard PhD at the Center for Applied Cognitive Sciences says in the Owners Manual for the Brain – “Negative ions increase the flow of oxygen to the brain; resulting in higher alertness, decreased drowsiness, and more mental energy.”


2. Ion negatif membersihkan udara. 

Dikatakan kuman, virus, bakteria semua ni banyak ion positif. Jadinya ion negatif ni akan neutralkan udara tu :) Caranya, ion negatif akan gabung dengan ion positif yang ada pada virus, bakteria tu - pastu diorang jadi berat - pastu takde lah cepat tersebar kat ruang udara. 

Tapi diorang still ada taw dalam environment tu - dan kat sini kita perlukan purifier - penapis udara. 



Cesky Raj, Czech
Missing the forest T_T

3. Ion negatif buat kita lebih happy.

Tahu kan, hormon serotonin yang pengaruhi mood seseorang. Kalau pernah baca pasal depression, orang yang tertekan ni boleh jadi stress yang kacau hormone balance dia. Kadang-kadang tempat hasilkan hormone serotonin tu sendiri tak berfungsi dengan baik. 

Kat sini, ion negatif boleh normalkan level serotonin.

production of serotonin, melatonin
Kantoi kejap tadi dalam kelas pasal flowchart ni. Lol. 


4. Ion negatif membuatkan tidur lebih berkualiti.

Eloknya serotonin level dalam badan seseorang, bermakna elok jugak lah melatonin level. Hormone melatonin ni penting untuk tidur kita. Kat sini pentingnya tidur awal & tidur dalam keadaan gelap. 

Oh, dari flowchart yang kat atas ni, penting jugak nak share pasal tryptophan. Tryptophan ni essential amino acids. Essential ni maksudnya kita memang kena dapatkan dari makanan, badan kita tak boleh buat sendiri. Banyak ada kat makanan berprotein - senang cakap produk tenusu takpun daging etc. 

Kalau tak cukup tryptophan, boleh kacau hormones tu jugak. So, makan jaga ye. :)


------------------------------------





Rasanya banyak lagi faedah ion negatif ni, boleh Google takpun kalau rajin boleh tengok links yang saya refer ni ea. 

Untuk yang berkemampuan, boleh usha-usha kedai yang jugak negative ionizers ni :) Mesti best kan, kalau perasaan yang kita rasa masa ada kat gunung, air terjun tu semua sentiasa ada walaupun kita kat rumah atau tempat kerja. :)



160426

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.