Budapest, Hungary - Part 2

February 17, 2012

Alhamdulillah, masuk Part 2 jugak :) Ingatkan tak berkesempatan nak sambung travelog.

Okayy, dari Fisherman's Bastion tu, boleh jalan ke Buda Castle. (rasanya tak naik bas masa tu hehe). Masa dalam perjalanan tu korang boleh lalu depan pejabat Presiden Hungary. Simple aja pejabat dia, guard yang kitorang nampak ada la dalam 4 orang aje. :) 

Budapest, Hungary

Best jugak masa nak mengacau pakcik-pakcik ni. Nampak anak mata je bergerak tengok gelagat kitorang. Pegang senapang memang straight habis la :P Hebat!

Budapest, Hungary

So, ini lah dia Buda Castle. Boleh masuk free rasanya kalau nak jalan-jalan sekitar luar castle tu. Tapi masa ni salji tgh mencair then tangga-tangga sangat licin, tak berani nak ambik risiko. T__T

Sekeliling castle ni pulak ada macam-macam bangunan lain - Hungarian National Gallery, History Museum,  National Széchényi Library  & Matthias Fountain.

Budapest, Hungary
Matthias fountain tu macam tugu negara kita plus air pancut. Heee.

Pelancong memang ramai yang akan datang melawat castle, so, diorang ada sediakan siklo untuk turun dari sini. Emmm lupa nak cakap, most of sites kat area Buda ni on top of hills. Kalau datang masa winter, boleh aje nak mendaki. Just be careful sambil menikmati keindahan ciptaan Allah. Langit yg biru, sungai yg mengalir. Indahnyaaa :)

Budapest, Hungary


Budavari Siklo. Siklo ni maksudnya funicular. Em, dia macam kereta api yang kat Bukit Bendera, Penang tu.

Ni dia :)

Budapest, Hungary

Tapi, tiket dia agak mahal la one way - 900HUF then tak berbaloi sebab tak lama sangat pun. Heee. tapi bila lagi nak naik funicular kat Hungary kan? Alang-alang boleh juga tengok cantiknya pemandangan menuruni bukit. 

Budapest, Hungary
 Buda Castle dari bawah.

Then, kitorang pun berjalan ke bahagian Pest pulak. Insya-Allah dah habis cover bahagian Buda ni. Kali ni kitorang seberang guna Chain Bridge. Masa ni saya terkesima tgk ais-ais yang tengah retak-retak kat atas sungai tu, so takde gambar penuh Chain Bridge. Hehe. Saya ngan Kak Fara pergi tenung ais tu lama-lama, dah rasa macam kitorang pulak atas kapal yang bergerak menentang arus sungai. :p

Satu ibrah yang saya dapat masa ni. Kita kena jadikan diri kita tiang asas jambatan tu. Sambil menanggung tanggungjawab yang berat (jambatan orang lalu lalang), sambil mengharungi cabaran-cabaran yang datang (air sungai yg deras). But it still stand teguh je kan. :) I hope we can be like that. 


Pest.
Budapest, Hungary

St. Stephen's Basilica. 

Nak tahu pasal perbezaan basilica, cathedral, church gi google la eh.

Budapest, Hungary

Tadaaa, Chain Bridge waktu malam. Cantikkk :) Saya macam wonder jugak kenapa Chain Bridge ni famous padahal banyak lagi bridge lain yang boleh lalu untuk seberang Danube River. Chain Bridge ni jambatan yg first kekal kat sini dan dikira paling moden masa zaman dia.


Budapest, Hungary


House of Parliament dari bahagian belakang.

Budapest, Hungary


Ethnographic Museum. aka National Museum. Haih banyak jugak museum kat Budapest ni :p

Jangan malu bertanya nanti sesat jalan bazir masa :P

Konklusi yang saya dapat buat. Serius, kalau nak berjalan tapi tak tahu jalan, sila tanya orang tempatan. :) Siap dapat suggestion lagi tempat makan kat mana, nak beli souvenirs kat mana. Don't worry, setakat ni kat Vienna & Budapest, diorang sangat lahhhh friendly and English-spoken, siap diorang offer nak tolong n tunjuk arah bila nampak kita blur tengok maps. HEEE.

Kasut dah lembap sangat . Perut pun dah berkeroncong lapar. Misi mencari makanan yang boleh dimakan di Vörösmarty Square bermula!

Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul). -Ali-'Imran : 137

K bye
Assalamualaikum

Edited, 160810
SS, Perak, Malaysia

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.