Vienna, Austria - Part 3 (Last)

February 14, 2012

Dari Rathaus, kitorang terus berjalan dengan kaki yang terasa lembap dalam kasut, dengan wayar headphone saya dah macam nak beku, jari jemari kurang deria rasa.


Just opposite Rathaus is Hofburg Theater.

Rasa lega bila nampak building yang ada nama Hofburg ni. Sebab nampak macam dah dekat dengan banyak building lain kat area2 ni.




Bangunan ni kat sebelah kiri Neue Hofburg (nampak macam tengah renovate). And meliputi Spanish Riding School, Sisi Museum, Silver Collection. Kitorang tak masuk pun. Heee. Oh ye, kereta kuda merata-rata. Kalau ada duit and malas nak jalan, naik je kereta kuda tu. 

Then, kitorang pergi balik area Stephansplatz. Target - rumah Mozart! One of the famous musician. Kalau nak singgah sini, better beli terus combined ticket Mozarthaus Vienna + Haus de Musik = € 12 (student price)



Nama penuh Mozart ni Wolfgang Amadeus Mozart. Mozart ni lahir kat Salzburg, pernah tinggal kat Vienna. Apartment yang dah jadi museum ni ialah satu-satunya apartment yang survived. Dia duduk sini dengan isteri dia Constanze & anak lelaki Carl Thomas. 

Dalam rumah ni tunjuk items dari masa Mozart dulu-dulu, kedudukan rumah ni untuk dapur ke ruang tamu ke ruang study dia ke. Gitu laa. Interesting part is, Mozart ni suka berhubung dengan ayah dia melalui surat, most of stories of his life dia share dengan ayah dia. 

But... yes, he was a Freemason and loved gambling so much T___T 


Then, kitorang cadang nak singgah masjid untuk solat jamak takhir asar & zohor. Syukur pagi tu sempat cari alamat, direction semua, siap ambik nombor telefon lagi.

Sampai-sampai je kat Masjid-E-Ibrahim, kat pintu ada note. It is closed sebab air takde. Takde rezeki. Solat kat hostel la nampaknya :)


Since malam tu the last night kat Vienna, kitorang makan kat restaurant. :) Check halal restaurant kat zabihah.com and found some lists. Kitorang pilih Osteria da Antonio sebab satu jalan nak ke Haus de Musik, the last place to visit masa tu. Restaurant ni dekat area U-Bahn Karlsplatz dan on the way tu kitorang jumpa Siam Restaurant :) Teringat terus kat tomyam. Uhuuu.



Vienna State Opera Museum - betul-betul depan U-Bahn Karlsplatz

Sebelum pergi Haus de Musik, singgah kejap kedai souvenirs nak beli something untuk diri sendiri.

Haus der Musik. Dalam banyak-banyak tempat kitorang melawat, Haus der Musik ni paling best. Unfortunately kitorang datang dalam pukul 8 malam, tempat tu pulak dalam 9.40 dia dah start clearkan orang yang masuk. So, tak banyak yg dapat explore. Tapi serius menarik maybe sebab it's more interactive dan tak kemuziuman sangat. Heee.



video

Dulu masa belajar Physics dengan Sir Zaini time A-Level dulu, sir ada cerita pasal video kat atas ni. Finally saya dah dapat gambaran kisah pasir dengan node antinode sound waves. Haha. Dah tengok video tu banyak kali pun saya still kagum. Cantik je ciptaan Allah kannnn :)


Unik?

Masa masuk memang rasa pelik apsal la tetiba ada shower n lubang-lubang kat dinding ni. Nak taw tak apa?

Letak je telinga kat each of them, semua ada bunyi yang berbeza. Kalau lubang-lubang dalam dinding tu, kita boleh dengar how other cities sound like. Haha. Saya sempat dengar Tokyo, Japan je. Yang shower tu pulak bunyi-bunyi harian macam orang berdengkur, flash toilet, alarm clock, orang masak etc.

Oh ye, kat sini jugak la saya jatuh for the first time dalam musim winter ni. :( Mind you, semua jalan sangattlahhh licin! Be careful when walking. 

Jalan-jalan Vienna sampai kat sini. Esoknya pagi-pagi kitorang ke Erdberg untuk naik bas ke Budapest, Hungary.

Budapest is more classic than Vienna. :)

:D Big smile to you
Assalamualaikum

Edited, 160810
SS, Perak, Malaysia

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.