Kisah Air Minuman 5L

February 2, 2016


I'm glad it is still 1st of February here as I almost forgot about this challenge! Aiyayaya

1/ Drink


images for mineral water 5L


Gambar atas ni air minuman biasa, beli kat Tesco, 5L dalam 12kc = RM2 camtu. :) 

Diikutkan, boleh je nak tadah air paip kat Czech ni untuk minum. Memang sistem perpaipan kat sini dah tapis air ke setiap rumah, kecuali air untuk tandas kalau tak silap. Tapi, saya minum dari paip ni kalau takde stok air minuman je. T_T Entahlah, tak kena dengan tekak, walaupun Lucie, kawan Czech saya kata biasa je rasa air paip tu. Mungkin dia dah biasa agaknya. 

Jadinya, saya akan beli air minuman Tesco ni regularly. Ye lah, satu botol saiznya 5L. Sekali beli, hanya mampu beli 2, satu letak kat tangan kanan, satu kat tangan kiri. Mujurlah Tesco dekat sangat dengan rumah, nak pergi tiap-tiap petang pun boleh :)

Tadaaa, Tesco. :D


Tesco kan ada delivery?

Yep2, sama lah sini pun. Saya pernah je order 20 botol air 5L ni, berpeluh-peluh brother Tesco tu angkat sampai ke pintu rumah. Masa ni masih duduk kat rumah lama, mujurlah tingkat satu. 

Itu pun, dia tanya sambil tersengih, "Do you have a POOL inside your flat?"

Amboi brother, kalau ada pool, takkan saya nak isi dengan air minuman? Haha. 

Itu baru tingkat satu. Kalau rumah sekarang ni, mahu sumpah seranah agaknya brother Tesco ni kalau nak bawak 20 botol air 5L naik rooftop tingkat 4 ni. :p Lepas kisah pool tu, memang saya beli sendiri je lah. Boleh exercise tangan sekali. ;p 

Oh ye, rasanya semua orang tahu je berapa banyak air yang kita perlukan sehari kan?

1 liter untuk setiap 25kg berat kita. 


Jadinya kalau korang yang sihat ni berat 50kg, kena minum 2L okay. 

Dan kalau korang ke Czech, air minuman / mineral ada 3 jenis taw.

Neperliva - non-carbonated
Jemne perliva - slightly carbonated
Perliva - carbonated

Kalau korang tak suka bergas-gas ni, cari neperliva okay :)


Till next post, byeeee.
Salam. 

HK, Czech
160201

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.