Pernah Dengar Pasal Kereta Škoda?

February 4, 2016



3/ Car

Untuk yang tak tahu, Škoda ni antara jenama kereta yang popular kat Czech ni dan boleh katakan di Central Europe ni jugak lah. Škoda ni wujud pada tahun 1895 dengan nama Laurin & Klement. Tapi sekarang, dah diletakkan sepenuhnya bawah Volkswagen Group bermula tahun 2000. 

skoda logo


Syarikat ni pada asalnya bukannya buat kereta taw. Menarik jugak sejarah Škoda ni. And inspiring :)

Tahun 1894, ada seorang lelaki ni, namanya Vaclav Klement. Dia kerja sebagai penjual buku kat Mladá Boleslav. Masa ni nama Czechoslovakia tak wujud pun lagi (1918-1939, 1945-1992). Czech Republic yang wujud hari ni baru ada dalam 23 tahun :O Patut lah banyak cuti Merdeka kat sini -_-'

Okay, back to the story.
Klement ni ada satu basikal (produk Jerman) dan dia tak dapat spare-part nak baiki basikal dia. Jadi, dia pun hantar lah basikal ni ke pengeluar tu semula, Seidel & Naumann. Siap tulis surat lagi nak mintak tolong baiki basikal tu. Tapi surat tu dalam bahasa Czech. Sama ada Seidel & Naumann betul2 tak faham ataupun being sarcastic (I have no idea about this), Klement ni dapat balasan surat tertulis,

"If you would like an answer to your inquiry, you should try writing in a language we can understand"

Ouch, kalau saya jadi Klement, mungkin kecewa jugak lah. Tapi saya still wonder, surat yang dibalas tu dalam bahasa apa. Kalau bahasa Jerman, macam mana Klement ni nak faham. Kalau bahasa Czech, kiranya Seidel & Naumann ni faham je lah apa yang Klement ni request. KANNN?

Klement ni tak puas hati, dan akhirnya bermula lah dia bukak kedai repair basikal dia sendiri dengan kerjasama Vaclav Laurin. Yang Laurin ni pulak memang dah jadi pengeluar basikal yang agak established lah kat bandar Turnov, dekat je dengan Mlada Boleslav ni. 

mlada boleslav skoda


Daripada basikal, diorang sambung dengan motorsikal pulak, Pastu kereta. Maju betul.

Lepas World War 1 syarikat Laurin & Klement ni mula buat trak pulak. Tapi ada masalah sikit dan kebakaran kat kilang diorang. Akhirnya diorang end up dibeli (rasanya) oleh satu syarikat lain, Škoda Works. Škoda Works ni diasaskan oleh Emil Škoda pada tahun 1859. di Plzen. Jadinya, bermulalah pengeluaran kereta dari Laurin & Klement ni bawah nama Škoda. 

Masa World War II, pengeluaran kereta memang jatuh merudum dan Škoda Works ni tukar bidang kerja dan hasilkan komponen2 untuk kenderaan tentera. Kesan serangan perang semua tu, Škoda Works memang musnah. Kilang dah takde, pekerja ramai yang mati. 

Lepas habis perang, Škoda Works kembali bangkit. Wow. Diorang bina semula kilang yang kat Mlada Boleslav tu. Dan kekal lah sampai sekarang. :) Dan years after that, ada kisah2 nak swastakan Škoda ni dan akhirnya dimasukkan dalam Volkswagen Group. 

Tamat. 


skoda auto


Saya selalu tergelak sendiri bila dapat tahu maksud Škoda = damage, harm. Masa kelas bahasa Czech dulu pun ada belajar satu phrase ni,

To je škoda! = It's a pity.

Haha. Comel. 

Lesson learned dari kisah Škoda ni;-

1. Jadikan kekecewaan sebagai satu cabaran untuk bangkit.
2. Sentiasa berfikir untuk maju selangkah ke depan.

Oh ye,  kereta dalam bahasa Czech ialah auto. Dan kemalangan yang melibatkan kereta = autonehoda. Kereta kat sini majoriti pakai gear manual. Setakat info masa saya bersembang dengan orang kereta sewa tu, sikit sangat kereta gear automatik kat sini. 


Reference:- Wikipedia, Google. 

Okay, jumpa esok. Awkward betul rasa bila kena update blog hari-hari ni. T_T
Salam :)

HK, Czech
160203

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.