[PFTW] | No. 8 - 11 | New Zealand, Turkey, Germany, Netherlands

March 12, 2016

Semalam masa on the way nak balik rumah, saya nampak seorang makcik berdiri depan buzzer bangunan rumah saya. She is a postwoman. Posmen kat sini memang jalan kaki, naik basikal je untuk deliver surat. Surat-surat ada dalam satu beg roda (ala-ala beg tarik yang guna pergi pasar tu :D) Dan ada jugak masa yang posmen bawak parcel yang perlu sign penerima tu. 

Dan makcik tu rupanya tengah tunggu satu pekerja pejabat (satu bangunan dengan saya) ni untuk turun ambik parcel dia. 

Dia tanya saya, "duduk sini ke?" "tengah tunggu surat?" 

Saya nampak dia pegang poskad. Haha, saya pun bagitahu lah nama saya, dan memang poskad tu untuk saya :D

Kisah ni simple je kan, tapi rasa happy jugaklah. Baru la nampak macam mana posmen hantar poskad saya :)



Yang pertama, dari Ginny di New Zealand. :) Ini salah satu negara idaman untuk pergi, sebab banyak adventure sports kat sini. Oh yea, New Zealand juga terkenal dengan lembu dan produk tenusunya.

In 2015, there were just over 5 millions cows being milked, an increase of 1.9% over the previous season and the first time the number has surpassed 5 millions. - GoDairy.co.nz

Ini mengesahkan yang lembu dari banyak dari populasi New Zealand sendiri iaitu anggaran 4.5 juta! :D 


Next is from Antalya, Turkey. Turkey is a big country, known as the gate between the east and west of the world. :) Antalya ni letaknya di belah bawah Turkey, betul betul dekat dengan laut. 





Yang ketiga, dari Nuremberg, Germany. Baru beberapa bulan lepas, saya ke sini masa dalam perjalanan ke Bingen. Tak banyak explore pun kawasan sekitar ni, just dapat spend 2-3 hours kat kawasan beli belah sbb itu yang paling dekat dengan tempat parking yang kami masuk randomly :)




Yang ke-4! Dari Marianne, di Netherlands :)

Mula-mula saya ingatkan Utrecht ni satu nama negara, terpinga kejap, bila tengok setem baru tahu. :D Marianne ni kerja sebagai konduktor train, saya rasa kerja ni agak menarik sebab selalu rasa diorang ni kuat ingatan. 

Train kat sini, kita boleh duduk secara rawak, ikutlah nak duduk kat mana pun asalkan dalam kelas yang betul (first class, second class) dan ada tiket yang sah. Konduktor akan ulang alik train sepanjang masa untuk sahkan tiket, dan dia mampu cari orang yang baru masuk dari stesen yang train baru lalu. 

Mungkin sebab pengguna train ni jujur, boleh jadi jugak. :) 



p/s - Sekarang dah start cuti sekolah kan? Selamat bercuti pada yang cuti!

S.K.Neumanna, HK, Czech
160312


Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.