Belajar dari Lagu Sahabat dalam Tubuh - Mawi & Filsuf

January 31, 2016


Lagu ni pertama kali saya dengar dalam SinarFM. Memang dah lama tak ambil tahu lagu-lagu 'baru'. 'Baru' untuk saya, yang sepanjang saya kat Czech ni lah. Jarang sangat dengar radio. Kecuali musim exam ni ha. 

Saya jenis yang lebih hayati melodi, bila rasa sedap baru saya cuba tengok lirik. Sebab tu kot, saya lebih berminat dengan instrumental.... -_-' 



Korang dah pernah dengar lagu Sahabat dalam Tubuh?

Lirik dia memang hashtag-deep-sangat bagi saya. Penuh tersiratnya. Penuh serangan kat jiwa saya. Penuh penghayatan dan tanda tanya untuk diri sendiri. Betullah orang seni ni puitis dia lain, tahap 'deep' dia lain. Lama saya ambik masa nak fahamkan lagu ni. Anyway, good job, Mawi! You have a new listener, from now :)

Apa yang saya dapat dari lagu ni mungkin bukan apa yang penyanyi cuba sampaikan, ataupun tak sama dengan penghayatan orang lain. Tapi, nak share kat semua dan untuk pembacaan saya di masa depan :)
 
Sudahkah engkau mengenal diri
Kau kata dah kenal tuhan

Kadang-kadang kita rasa kita kenal diri kita.
Kadang-kadang kita rasa kita sahaja yang tahu apa yang diri kita nak.
Dan sesetengah masa, memang orang lain tak faham kita.
Tapi sesetengah masa, apa yang orang cakap kat kita dan kata-kata dia tu mampu buat kita tersentak - pada saya, orang tu kenal diri saya.

Tapi, siapa yang lebih kenal diri kita dari kita sebenarnya?

Allah, Tuhan kita.

Dia yang menciptakan kita,
Dia yang nampak apa yang kita buat sepanjang masa 24/7, dan semuanya tercatat *gulp*
Dia yang menurunkan rezeki untuk kita,
Dan Dia jugalah yang beri ujian sesuai dengan kemampuan kita.

images for Allah tak bebankan hambanya


Bagi saya, kita memang dekat dengan Allah, sebelum ditiupkan roh, kita dah berjanji dengan Allah untuk jadi khalifah atas muka bumi kan? Saya rasa sebab tu, orang selalu cakap, kita kena berkenalan dengan Allah baru kita boleh kenal siapa kita. Vice versa, kaji tentang diri sendiri untuk kenal Tuhan jugak :) Setiap penciptaan Allah tu takde yang sia-sia kan? :)

Roh vs jiwa vs tubuh. 

Dalam lagu ni, saya cuba buat refleksi diri, adakah diri kita sebenarnya suka akan diri kita sendiri? Adakah apa yang kita buat sebenarnya menyakitkan / menggembirakan diri kita yang sebenar? 

image result for do you want to meet yourself


Adakah apa yang kita buat untuk penuhkan jiwa kita ni, sebenarnya betul2 penuhi keperluannya? Pernah tak baca kisah-kisah yang orang dah berjaya, harta kekayaan memang banyak, keluarga semua okay, tapi hatinya tak happy. Dan ada yang mengakhiri hidup dengan suicide. 

Pernah tak kita buat sesuatu yang kita betul suka - mendaki, berjalan-jalan, memasak, membaca buku tapi jauh di sudut hati, kita masih rasa kosong?

Yang sebenarnya, diri kita mengimpikan dekat dengan Tuhannya. T____T

Bagi jiwa kita 'makan', jom. :)


HK, Czech
160131

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.