Jalan-jalan Christmas Market, Rudesheim, Germany

January 6, 2016

Meh nak sambung jap. :D



Lepas pusing town Bingen, kitorang pun naiklah feri ke seberang. Tiket takyah beli dah sebab tiket bas tadi dah cover sekali. Nice! 


Macam dalam post sebelum ni, saya ada mention bandar sebelah ni namanya Rüdesheim am Rhein. Aisya nak bawak kitorang pergi Christmas market kat situ.  Tak sure sama ada takde Christmas market kat Bingen atau tak. Haha tapi tak kisah lah, mana-mana pun I follow youuuu. 

Korang boleh baca pasal full coverage apa yang ada kat Christmas market tu dalam blog Aisya yang masa dia pergi dengan blogger Fit. Memang lebih kurang sama la aktiviti kitorang kat situ. ^___^

Saya nak taip post ni pun kena refer blog post tu. HIHIHI



Christmas market kat Rüdesheim ni macam lagi menarik, lain sikit dengan yang kat Prague. Kat Prague, lebih kepada booth2 yang dibuka kat dataran yang besar atau orang lebih kenal dengan nama 'Old Town'. Tapi kat Rüdesheim ni, ada banyak lorong-lorong, pastu macam2 benda ada kat semua lorong tu. :D


Dan decorations lebih cantik. Memang lip lap lip lap sana sini. Macam Aisya cakap tu lah, bila winter ni, memang gloomy, moody, depressed je rasa sebab tak dapat cahaya matahari. Langit pun mendung, tak pun snow (tapi snow ni lain sikit kategori gloomy dia - ni gloomy tapi teruja haha). Bila colorful kat Christmas market ni, feeling dia happy lain macyamm. 



Ni kedai pertama yang kitorang singgah. Sebab nak beli poskad. :D Ada jam yang macam ni jugak. Kalau memang teringin, tutup mata pastu bayar okayyyy! Kurang istilah tawar menawar kat Eropah ni T___T. 
Credit - Google.
Dalam cerita Dilwale Dulhania Le Jayenge ada scene yang SRK bagi Kajol cow bell ni kan? Haa, kalau tak silap, kat kedai tu pun ada jual :)
Actually, kalau korang masuk belah dalam lagi kat Christmas market tu, korang boleh jumpa postcards, snow globes, any souvenirs etc dengan harga yang lebih murah :D Takpelahhh, tu rezeki kita masa tu.

* tips souvenirs - kalau korang jumpa offer postcards 3-4 keping for 1 Euro = dah kira okay sangat dah tu. Snow globes pulak dalam 2 Euro untuk yang kecil, 4-8 Euro yang sederhana & besar. 


Dulu masa awal2 travel, memang kumpul snow globes ni, tapi dah stop bila entah. Kumpul postcards je pastu tampal kat dinding macam collage. :D
  
Orang sangat lah ramai, mungkin sebab weekend jugak. Dan kalau kedai-kedai kat bandar tutup, haruslah ke sini kalau nak night life. Night life kitorang, yang macam2 ni je lah, jalan-jalan tepi sungai etc. Kalau kat Czech, memang tak mampu nak ikut rentak diorang - weekend night = pub, bar. Pernah sekali teman junior pergi group dinner - tetiba dinner tu sebenarnya buat kat bar. T___T Haru. 



Niat di hati nak makan cendawan goreng. Sebab baca blog Aisya ni laaa, memang teruja habis sampai tak perasan pun cendawan tu jenis macam mana. :D Mungkin sebab dah terbayang-bayang cendawan goreng Malaysia yang salut tepung tuu. Tapi, apakan daya, cendawan butang lagi famous kat sini. T___T 

Tiba-tiba teringat kat mak. Mak saya alergik cendawan butang ni. T_T Kesian, sampai takleh bangun dari katil, muntah bagai.


Akak yang tolong masakkan cendawan ni orang sama macam masa Aisya pergi dulu. Hehe. Memang laju la dia buat untuk banyak2 sekaligus. 



Tadaaaa, cendawan kat bawah, roti kat atas. Sekeping. This time Aisya takde la bawak extra roti siap-siap dari rumah. :D




Kitorang ada beli hash brown look-alike. Nama dia Reibkuchen (gambar atas kanan).

Teringat Aisya & Cik Juwaily memang siap explain yang hash brown tu very oily. Kot-kot la kitorang tak makan, sebab medical students jaga makan katanya. -_-' Hahahaha. Entahlah saya rasa nak gelak ke camna. Ada je antara kitorang yang tak suka minyak-minyak ni, mungkin jugak sebab dah terbiasa kat kelas pun banyak mention pasal pemakanan ni, tapi..... sebab holiday kan. Hehehe. Saya bedal je. Memang sedap punnn, cicah dengan sos epal. 

Tapi, sebab dia oily, tak termampu nak makan banyak. Cik Juwaily yang kena habiskan :p

 
Almond & kekacang lain banyak dijual kat sini :) Pelbagai perasa pulak tu, cuma kena hati-hati ada jugak perasa yang ada alkohol. Saya pilih gajus Raffaello. Semua beli berbeza rasa, jadi boleh try banyak jenis. Kat bandar saya, paling favorite gajus karamel. Fuhhhh, namun hanya di Christmas market, setahun sekali ye T_T


Ni lagi rare, semua buah, sayur nak disalut coklat. Epal, pisang, anggur, ceri bla bla bla. Kalau epal tu nampak macam biasa kan? Tapi kalau cili pun nak bercoklat....... er, boleh la try buat pasaran kat Malaysia. Hehe, masa Siti Nurhaliza kahwin dulu, start famous strawberry & coklat kannn. Nah, try try. 



Trdelnik macam kat Czech pun ada. Tapi kenapa kat sini nampak lebih menarik ni?? T___T 



Tempat ni memang berbukit2 sikit. Dengan sejuknya, terketar juga rasa kaki ni. Semput pun iye. HAHA.

Tapi view memang cantik sangat. Masa sampai sini, memang teringat kat Colmar Tropicale, Berjaya Hills. Saya tak pernah sampai sini lagi, tapi banyak tengok gambar2 kawan Instagram kan :) Reka bentuk bangunan macam nak sama dah. 


Source - Google
Masa nak on the way balik ke jeti feri, kitorang singgah kat kedai minuman ni. Aisya bagitaw yang kita boleh order Kinderpunsch (baru tahu yang kat Czech pun ada minuman ni). Ni sebenarnya air untuk kanak-kanak yang tak boleh minum alkohol. Air campuran buah-buahan yang panas, masam-masam sikit.



Cawan dia tuu boleh la nak simpan jadi souvenir, kalau nak jual balik kat gerai tu pun boleh. Kiranya harga yang korang bayar tu ialah untuk air & cawan. 2-3 Euro eh, kita lupa dah, Aisya. 

--------------

Nah, layan gambar ^_^

Gerai yang jual pen yang menarik!

Hiasan rumah diorang. 



Macam ni pun adaaaa. Coklat tuuu. 

If you happened to be in Europe during Christmas time (a week before), drop by at the market, okay? :)

Sambung lagi nanti :D Wow, lepak Bingen 3 hari pun boleh buat banyak blog post.

v Khaulah, HK, Czech
160106

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.