Bersyukurkah Kita?

January 25, 2016

Sejak akhir-akhir ni, saya selalu study bertemankan radio Sinar FM berselang seli dengan playlist instrumental musics kat YouTube. Sinar FM ni macam semua tahu la kot, cover lagu-lagu retro, klasik, rock kapak etc (especially tengah malam, dengan ayat famous ganda 23 berguruh bagai). Memang tak rasa awkward pun dengar lagu-lagu ni, mungkin sebab dibesarkan dalam zaman tu kot. 

Oh, bukan nak promote Sinar FM ni. :)

Saya minat dengan slot2 motivasi Fadzilah Kamsah, slot2 agama Imam Muda Asyraf dalam Sinar FM ni :) Walaupun isu yang dikupaskan / dihuraikan memang boleh kata berulang je, tapi betullah manusia ni memang mudah lupa. Walaupun ulang banyak kali pun, belum tentu saya boleh ingat sebijik2. Tapi takpelah, luar kemampuan saya. Tapi, isi tu masuk la insyAllah dalam kepala :)


Winter in Hradec Kralove, Czech



Pagi ni, Sepahtu Sinar ada kongsikan satu ayat Quran, tergerak hati nak berkongsi kat sini pulak.


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Quran 14:7)

Nikmat yang Allah bagi kat semua manusia ni banyak, tak tergambar dek akal kita pun. Kalau kita nak hitung, memang tak termampu nak hitung pun, sungguh! 

Kadang-kadang kita lupa nikmat nyawa kita setiap pagi lepas bangun tidur. 
Kadang-kadang kita lupa nikmat udara untuk kita bernafas.
Kadang-kadang kita lupa nikmat kesihatan diri kita, paling kurang pun deria kita. :)

Teringat satu quote dalam blog Anizz,

Bila sakit, 
Allah tarik 
keceriaan di wajah, 
selera makan 
dan dosa kita. 
Bila sihat, 
Allah pulangkan 
keceriaan di wajah, 
selera makan 
tapi bukan dosa kita. 


Sweet kan Allah :) :D :D :D

Winter in Hradec Kralove, Czech



Setiap antara kita, semua ada nikmat tersendiri yang Allah bagi. Ada yang sama dengan orang lain, ada yang special untuk keadaan kita. 


Contoh, ada orang yang Allah beri ujian banyak tapi pada masa yang sama, Allah nak latih kesabaran dia. Sabar itu satu nikmat okay, tak semua orang mampu bersabar untuk sesuatu perkara. Ada orang yang Allah bagi nikmat akal yang lebih, hasilnya dia mampu untuk ajar ataupun membantu orang lain dengan kepandaiannya. Ada orang diberi nikmat kreatif, jadi dia mampu berkongsi dengan orang lain dengan senibina bangunan yang unik cantik menarik tertarik kau memang the bomb lah. :D


Winter in Hradec Kralove, Czech


Only miss the sun when it starts to snow - Passenger, Let Her Go

Saya sekarang ni pun tengah melatih diri bersyukur dengan nikmat salji ni. Salji memang satu kejadian yang rasanya semua orang teringin nak rasa kan? Mungkin sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Jujurnya saya takde imaginasi pun sebelum ni nak berjalan tergelincir tersembab tergolek atas salji, bawah salji, tengah salji. Kalau yang dah kenal saya dari awal-awal blogging, mungkin tahu kisah macam mana saya tiba-tiba ada kat Czech ni. :)  

Kira nak cakap, untuk satu-satu perkara tu, your chance will come. Antara cepat atau lambat. Kalau dapat, itu yang terbaik. Kalau tak dapat, itu yang terbaik. :D

Macam dulu, teringin sangat nak naik kereta api tanah melayu senandung langkawi etc. Selalu cakap kat ayah, jom la tryyyy, sekali jeeeeee. Dan akhirnya saya dapat peluang study kat Sepang masa tu, yang setiap kali balik memang naik KTMB tu je. KL Sentral dah macam rumah ketiga. Saya merasa perubahan dari Senandung Langkawi pastu up sikit jadi Shuttle Train rasanya nama dia (connect KL Sentral - Ipoh) pastu up lagi dengan ETS (ada gold, silver class bla bla). Terus muak naik train. 

Ambik. 

Nampak kan, manusia (saya la tu) kurang bersyukur. T__T


Winter in Hradec Kralove, Czech


Salah satu cara yang saya baru belajar untuk mensyukuri satu2 nikmat tu, ialah dengan cari pengajaran / ibrah dari keadaan tu. Cari lah dalam Google ke, tanya kawan-kawan ke. Tak kisah lah macam mana. Satu tips saya boleh share, google je 'quotes' on that thing.

Mungkin ada quotes yang hashtag-deep-sangat. Tapi rasanya semua orang mampu tangkap apa yang quotes tu nak sampaikan. :)

Winter in Hradec Kralove, Czech


Pernah tak bayang macam mana salji mampu membekukan sungai? Kun fayakun tu of course. :)

Meh saya kongsi pengajaran dari salji yang saya belajar.

Salji ni asalnya dari seketul snowflakes yang berbeza rupa, bentuk antara satu sama lain. Snowflakes ni seriously sangatlah fragile. Orang kata nice to see, not to hold. Sentuh sikit, terus mencair. Kadang-kadang tak sempat snowflakes ni nak jejak bumi pun dia dah hilang bentuk. Bumi kan panas. Tapi, dengan izin Allah, snowflakes ni tak berputus asa pun. Walaupun dia tahu dia akan mencair sebelum sampai tanah, dia tetap turun. Apa kesannya? Snowflakes yang turun awal-awal (boleh panggil first batch / pioneer group) ni, dah berjaya menyejukkan bumi untuk kawan-kawan snowflakes lain turun. 

Jadinya, snowflakes lain yang turun lepas tu lagi mampu bertahan lama. Awesome.

------------------------------

Pengajaran yang saya dapat kat sini, pernah tak rasa kita buat satu2 projek tapi tak nampak pun hasilnya yang perfect? Tunggu punya tunggu, sampai satu tahap mungkin kita give up ataupun kita dah tak mampu (tua, tak sihat sebagainya) untuk teruskan projek tu. Tapi mungkin kita tak sedar yang usaha kita tu sebenarnya dah bagi semangat kat orang lain untuk sambung usaha kita. :)

Kita boleh bayang dari kisah kapal terbang, macam mana angan-angan manusia untuk terbang bermula. Dari cuba meniru konsep burung, pastu adanya hot-air balloon, pastu dah ada design kapal terbang, konsep aerofoil semua dan sampailah ke hari ni, adanya Airbus, Boeing semua yang bolehkan saya balik Malaysia masa summer break :D

Adakah orang yang mula-mula tiru konsep burung terbang merasa naik kapal terbang Emirates? Tak kan? Mungkin dia pun tak sangka ada toilet dalam kapal terbang sekarang.


Winter in Hradec Kralove, Czech


Apa yang saya nak cakap sebenarnya ni? T_T

Hmmm, semua benda yang berlaku ada hikmahnya kan. Semua bergantung dengan kaca mata macam mana kita pandang satu2 perkara tu kan?  :) :) Dan macam mana kita nak relate perkara tu dalam kehidupan harian kita.

Itu je sebenarnya. Nikmat Allah semuanya ada bagi advantage kat kita. Kan?

Winter in Hradec Kralove, Czech


Dan dalam setiap yang indah tu, ada down-side nya jugak. Basah lencun salji dah kotor sejuk beku frostbite kulit kering. Macam gambar atas ni.  Hehe. ^____^

Bersyukurlah kita dengan nikmat yang kita dapat :) InsyAllah ameen ameen! 

Sorry lah kalau post ni panjang sangat, dari Sinar FM sampailah ke salji. Hehe. Anyway, thank you for reading. May Allah bless our day and hopefully we learn something from this post. <3

160125
HK, Czech

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.