Lepak-lepak Bingen, Germany

January 3, 2016

Tadaaaa, mee bandung! :D

mee bandung di Bingen, Germany


Memang teruja lah, bila jumpa mee bandung, lagi lagi bila baru lepas exam masa tu. Perasaan nak makan sedap2 memang membara. Masa tu pulak abang ngah baru hantar gambar kuewtiaw goreng. Saja je dia ni. T_____T 

Kitorang sampai lambat sikit dari plan, haha sebab tak tahu nak reach rumah Aisya camne. Masa ni lahhhhh baru discover the real way how to use the GPS! ;p ;p ;p Sengal betul rasa.

Pilih country >> letak poskod >> letak street name >> letak nombor rumah.

Adoidoidoi. Selama ni selalu terus pilih bandar (city center). Sebenarnya, kitorang siap plan nak cari kedai yang ada wifi free untuk set up waze T__T haha malangnya nama pun 'weekend' di Bingen...kedai mana yang bukak.


Bingen am Rhein, Germany


Kawasan perumahan ni memang rasa damai sangat. Teringat Aisya pernah cakap yang Bingen ni mati masa hari Ahad. Memang pun! :D Tapi sebab dah biasa Hradec Kralove ni pun sunyi masa weekend, so okay je. Pagi Ahad tu, lepas sarapan, memang duk bersembang je lah kat bilik Kak Atie. 

Saat bila bagitahu orang lain yang nak pergi lepak2 jumpa kawan blogger;-

"Pernah jumpa dia ke sebelum ni?" 
 "Tak pernah." 
 ".........."

Hihihi.

Macam-macam kisah jugaklah yang disembangkan.  Dari kisah hidup Czech Germany, kisah belajar semua, teknik shopping online, ragam kawan sekelas etc. Seriussss, best sangat sembang dengan Aisya & Kak Atie ni. 

Anyway, sorry taw kalau kita tak banyak cakap, kita ni senyap jugak sebenarnya. T____T 

Lepas sembang2, Aisya turun pergi dapur, masak lunch dengan Cik Juwaily. :D Guess what, diorang masakkan nasi beriyani!! 

Comel je lah diorang ni kat dapur pun. Mula-mula segan nak masuk sekali. Tapi, sebab nak spend time ngan Aisya, saya masuk jugak lahh, try tolong mana yang patut. Mujur la Cik Juwaily ni pun macam Aisya jugak, kepala sengal.

Bingen am Rhein, Germany
Terbalik parking, ada pakcik makcik ni tegur suruh ubah kereta bagi sama macam posisi kereta putih tuu. T_T 

Kitorang lunch sambil tengok movie - Hotel Transylvania 2. Ala, cerita yang pasal dracula, Papa Drac dengan anaknya, Mavis yang duduk kat satu hotel, namanya Hotel Transylvania. Part 1 movie ni, pasal kisah seorang manusia, nama dia Jonathan yang tetiba je masuk hotel ni. Haha, cari la movie ni, recommended! Part 2 pulak sambungannya. :D 

Lepas asar rasanya, kitorang bersiap2 untuk keluar jalan2 Bingen dan pergi Christmas market kat pekan sebelah. Aisya memang hebat la bahasa Jerman ni. Dia dengan Cik Juwaily yang tolong translate everything, termasuklah nak beli tiket pun. Haha, dan dan tu rasa helpless tak tahu apa2. Memang terus bergantung harap kat diorang berdua ni, padahal selalu bajet survivor je masa pergi travel mana-mana.

Bus in Bingen, Germany
Dalam bas. Kitorang beli group ticket :)

Bila cakap pasal bahasa ni....

Teringat insiden malu sendiri bila dapat tahu maksud Ausfarht. Masa drive kat Autobahn kan, jumpa la Ausfarht. Banyak betul signboard Ausfarht ni. First time jumpa Ausfarht, rasa macammm ohhh ni simpang nak masuk bandar Ausfarht. (saya memang suka memerhati simpang2 jalan raya ni -_-')

Pastu, bila ke depan sikit, nampak Ausfarht lagi. Hahaha dah kenapa semua simpang nak ke Ausfarht ni?. T_T 

Ausfarht tu EXIT jugak. Lololol.

----------------------------------------------



"Biggest city in Germany. Almost every Autobahn exit directs to it.

- Damn, I missed the exit.
- Don't worry. The next one will be to "Ausfahrt" as well.
credit

----------------------------------------------

Ausgang tu pintu keluar, ausfarht tu simpang keluar. Kan Aisya kan?


Bingen am Rhein, Germany

Jangan tanya saya naik bus stop nama apa, turun kat mana bla bla. Haha ni memang duk follow Aisya je. Kan dah kata, feeling2 helpless, hopeless jugak.

Aisya bawak kitorang masuk ala-ala old town Bingen ni, kedai banyak tutup, so kitorang just menikmati la bangunan2 yang ada. Menarik jugak Bingen ni, bandar dia berbukit-bukit, nak naik pun ada masa termengah jugak ;p Orang tak ramai, tapi ada jeee. Kitorang ada lalu satu laluan yang ada building construction, teringat Aisya pernah cerita, orang kedai depan tumpang iklan kedai dia kat palang2 besi yang tutup construction sites tu. 

Kat sini (even kat Czech pun), jarang sangat nak nampak iklan yang ditampal merata-rata. Iklan kena tampal kat board dia sendiri. Kalau kat Czech, biasanya board tu banyak kat bus stop, tram stop camtu. Kat Bingen tak sure pulak camne. 

Bingen am Rhein, Germany
Castle di Bingen (lupa nama -_-')


Jalan jalan jalan jalan jalan...

Tiba-tiba kena cross landasan kereta api. :D Satu benda saya perasan jugak kat Europe ni, landasan kereta api majoritinya tak berpagar. Kiranya takde la boundaries yang ni kawasan kereta api etc. Orang nak masuk tiba-tiba ke dalam train pun boleh (kalau tiba-tiba train tu berhenti depan rumah korang ke kannn). Tapi setakat saya naik train, tak dengar pun lagi orang kena tegur sebab takde valid tickets. 

Jadinya, pengajaran untuk saya sendiri. Jujur. Jujur. Jujur.

:) 


Oh yeee, Aisya ada cerita jugak yang kat sini famous dengan wine. Boleh la geng dengan Czech, duk famous dengan beer. -___-'' Dari rumah Aisya pun boleh nampak bukit (ke gunung eh?) yang penuh dengan ladang anggur. Cuaca tak mengizinkan sangat masa ni, kitorang terus nikmati view je :D Kalau kena masanya, boleh jugak petik2 anggur nak makan. 

Rhine river, Bingen am Rhein, Germany
Ferrrriiiiii. Feri pada saya ialah nak cross Penang & Pangkor je. 
Terus jalan ke arah sungai, Aisya dah checkkan jadual feri. Weeeee, we are going to cross the river! Bandar sebelah nama Rüdesheim am Rhein. Bandar Aisya pulak Bingen am Rhein. Kalau korang perhati gambar kitorang dengan background feri tuu, boleh la nampak ladang anggur kat belakang tuu. ^_^

Nampak kan ada Rhein kat dua-dua nama bandar tu?

'Am' tu maksudnya 'at the'. Rhein ni pulak nama sungai. Satu fakta yang saya baru tahu bila datang sini, kawasan Rhein ni UNESCO Heritage Sites taw! Bingen ni pun termasuk, soooo, boleh la letak Bingen ni jadi laluan roadtrip korang. InsyAllah! Eheee.

Rhine river ni panjangnya 1230 km dan merentasi banyak negara. Kiranya Rhein river ni pun antara 2nd sungai yang terpanjang kat European Union, selepas Danube river (2860 km)

Danube ni famous jugak, kalau korang pergi Budapest, Danube ni lah sungai yang memisahkan Buda & Pest. Danube ni jugak pemisah Romania (Giurgiu) & Bulgaria (Ruse) <--- Kenangan sangat ni, sebab dua-dua ni laluan roadtrip Istanbul lepas :D

Rhein-Karte2.png


See, panjang kan Rhein ni! :D 

Asalnya bila Aisya bagitahu pasal Rhein ni, saya terbayang2 Rhein Falls, Switzerland je. Tapi river & fall ni berkaitan sebenarnya. 

Anyway, kalau korang pembaca setia blog Aisya, mesti boleh tahu ke mana kitorang pergi masa cross river tu.

Hihi, sambung next post insyAllah!

p/s - Selamat sekolah esok T__T

Hradec Kralove, Czech
160103

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.