Kecewa dengan Diri Sendiri

May 26, 2016



Sekarang ni dah nak masuk musim panas, maknanya siang dah semakin panjang. Memang mujahadah sungguh bab solat ni, especially Isyak dan Subuh. Setakat hari ni, Subuh ialah seawal 3.15 pagi, Maghrib nak dekat pukul 9 malam, Isyak pulak 10.30 malam macam tu.

Siang panjang ni bestnya sebab banyak kerja boleh selesaikan. Nak bergerak kat luar pun, lebih banyak masa boleh diluangkan. Dan kita akan kurang tidur sebab malam pendek.

Cumanya, kadang-kadang, selesai je Maghrib boleh jadi terlelap dan sedar-sedar lagi sejam nak masuk Subuh. Mujur sempat solat Isyak. Kalau lambat lagi, entah-entah Isyak, Subuh hanyut. T____T

Syuruk Hradec Kralove, Czech
Syuruk - 5 pagi 13 May 2016

Semalam paling rasa nak menangis. Memang dah plan nak stay up sampai Subuh dan tidur lepas tu. I managed to stay awake tapi terlelap lagi beberapa minit nak Subuh. Kecewa sangat dengan diri ni T_T

Itu lah Nina, selalu sangat bergantung dengan housemate untuk Subuh ni. T___T
Sekali housemate tak boleh solat, gelabah terus.



Dan milik Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan sesungguhnya, Kamu telah memerintahkan kepada orang yang diberi Kitab suci sebelummu dan (juga) kepadamu agar bertakwa kepada Allah. Tetapi jika kamu ingkar maka (ketahuilah), milik Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.


Dan milik Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Cukuplah Allah sebagai pemeliharanya. (Nisa' 4:131-132)



Betapa Allah tekankan betapa Dia Berkuasa. 

Fuhhh, mujahadah sungguh! Go go Nina! Kita cari jalan lain untuk Subuh ni. Contohnya, tidur rumah orang lain. Haha. 

Saya bukan jenis tidur lepas Subuh, tapi tak mampu dah setiap kali malam pendek macam ni. I need to change my sleep cycle. 

Fighting! Moga Allah bantu!

S.K. Neumanna, HK, Czech
160526

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.