Untuk Keluargaku Bersempena Hari Guru 2016 :)

May 16, 2016

Tengah bersiap-siap untuk ke kelas, sambil buat revision untuk exam esok (yea, I know, exams all the time.) Since today is the Teachers Day in Malaysia, why not sharing a post on it, right? :)

Kat sini takde Hari Guru ni. Hehe

Ayah saya ada share beberapa gambar di Facebook, menjelang Hari Guru ni. Enjoy!


Saya ni boleh dikatakan bukan orang kampung tapi bukan orang bandar. Tengah-tengah la, orang pekan. Pernah tinggal dekat dengan pedalaman, tapi tak pernah tinggal di ibu kota. Jadinya, memang hidup dalam aman tenteram, comfort zone la orang panggil. Tu yang culture shock kejap bila keluar ke bandar. Haha.

Keluarga saya memang keluarga cikgu. Rata-rata sanak saudara hampir majoritinya cikgu. Ayah pernah cerita macam mana dia pernah dapat hasil-hasil tanaman dari orang kampung. Just like the picture above. Teringat lagi, masa abang-abang berkhatan, meriahnya dah macam kenduri kahwin - hasil usaha dan kerjasama orang kampung :) Best sangat! 




Gambar kat atas ni pula - mengingatkan saya pada abang ngah saya. Dia dah mengajar di kawasan pedalaman di Sarawak nak masuk 5 tahun dah kalau tak silap. Asyik kena reject je setiap kali buat permohonan balik mengajar ke Semenanjung. Siapa-siapa ada kabel nak hulurkan pertolongan, emel ye :) Haha

Sebenarnya, gambaran kehidupan yang abang ngah saya cerita tentang hidupnya di sana, jauh lebih menarik dan mencabar dari hidup saya di Czech ni. Susah payah nak dapatkan air bersih - kena takung air hujan semua tu. Elektrik di rumah - kena pakai generator. Nak ke bandar terdekat - kena naik Hilux jalan 5 jam satu arah yang keadaan jalan lopang sana-sini. Fuh. 



Hahaha, yang ni pulak dilema saya. Saya dan ayah berbeza generasi kan, saya sendiri dah terbiasa untuk buat short form tapi alhamdulillah dah berjaya keluar sikit-sikit untuk guna 'full word'. Perkataan yang saya guna untuk dipendekkan - cuma preposition yang kepada - kpd, dari - dr, untuk - utk. 

Lagipun, sekarang ni semuanya guna medium komunikasi yang free kan. Takde masalah nak berubah untuk taip ayat penuh :)

Masalah saya lagi, ialah untuk tak guna perkataan 'gila' bila menggambarkan sesuatu. "besar gila, best gila, teruk gila rasa" Aduhhhh. 



Tengok gambar ni, teringat pulak kat mak. Mak saya seorang yang sangat kreatif, kalau bagi satu dinding kat sekolah tu, dalam beberapa hari tiba-tiba dah ada gambar cantik-cantik. Gambar yang sesuai dengan suasana sekolah rendah la taw. Jangan la expect ada graffiti pulak. Hehe. Kalau saya ada kat rumah masa cuti, saya pun diangkut sekali menyiapkan hiasan tu. Belum kira lagi ayah kena memanjat nak paku langsir kat tingkap. Haha.




Jadinya, bersempena Hari Guru hari ni, saya nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada mak ayah saya, abang-abang saya, sepupu-sepupu saya, pakcik makcik saya dan tak lupa jugak untuk semua cikgu yang mengajar saya. Dari sekolah rendah ke sekolah agama ke sekolah menengah ke kolej persedian dan ke universiti ni haaa.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Selamat Hari Guru!

Love you all!

Moga Allah rahmati usaha dan usia kalian berkhidmat kepada anak bangsa dan negara. :)

p/s - Doakan saya untuk exam esok hehe.

S.K.Neumanna, HK, Czech
160516

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.