Trdelník Ice Cream - Dessert Yang Popular di Prague, Czech

May 30, 2016

Trdelník ni sejenis pastry ataupun dessert yang boleh katakan famous kat Czech ni. Sebenarnya, korang boleh jumpa trdelník ni kat negara lain jugak - macam Austria, Slovakia, Jerman pun. :) Kat Malaysia pun dengarnya dah ada trdelník - kat Pavilion. Boleh try cari ea.


Trdelník Ice Cream - Dessert Yang Popular di Prague, Czech


Apa yang sedapnya? 

Nama pun dessert, majoriti orang akan kata sedap. Haha. Trdelník ni awalnya dulu banyak dijual masa Christmas Market je, terutamanya kat bandar saya ni. Macam sekarang, kalau nak makan trdelník, kena ke Prague. :D 

Saya pernah berkongsi dalam beberapa post-post sebelum ni.


Trdelník di Český Krumlov, Czech


Sejak wujudnya trdelník versi yang berisi ice cream, semakin banyak stall trdelník kat Prague ni. Tapi diorang jual versi biasa, setakat ni versi yang berisi ice cream etc ni ada kat satu kedai je - Good Food namanya

Trdelník Ice Cream - Dessert Yang Popular di Prague, Czech
http://goodfood-karlova.cz/
Trdelník Ice Cream - Dessert Yang Popular di Prague, Czech

Trdelník versi ice cream ni memang nampak trendy untuk orang yang ala-ala hipster ni. :)

Yang saya beli namanya Chimney Blizzard (with soft ice-cream) dan memang sedap ice cream nya :D Trdelník nya pulak hmmm kurang sedap sikit, mungkin sebab kembang sikit dek ice cream. Tapi, overall saya boleh bagi 8/10 :D

Untuk yang suka whipped cream, boleh try Chimney Cream. 

Chimney Twister tu nampak unik sangat, cuma takleh makan sebab ada ham dalamnya. Tak dapat nak imagine something sweet macam ni makan dengan ham. -_-' Haha

Trdelník Ice Cream - Dessert Yang Popular di Prague, Czech
http://goodfood-karlova.cz/?page_id=5197

Ada satu masa dulu, trdelník yang paling up ialah berperisa nutella. Fuh, memang excited dibuatnya untuk peminat Nutella. Sampaikan ada yang siap bawak nutella sendiri, pastu tambah extra kat trdelník sebab rasa tak cukup. :) 

Boleh la try letak ice cream sendiri jugak. Hihi. Tambah 50kc untuk ice cream tu, dah boleh beli ice cream Tesco bekas yang besar sebenarnya. 

Zaman sekarang ni - style tu yang orang tengok kannn.... 

Tapi, sekali sekala okay je. Bukan selalu pun kannnnn. Sila sila :D

Trdelník Ice Cream - Dessert Yang Popular di Prague, Czech
http://goodfood-karlova.cz/?page_id=5199

Kalau korang berjalan ke Prague, boleh ke kedai ni yea. Alamat ada dalam gambar kat atas. Basically landmark nya ialah kedai ni sangat dekat dengan Charles Bridge (Karluv most). Letaknya antara Charles Bridge dengan Old Town. 

Rindu cendol, ais kacang, coconut shake....
Malaysia, see you by this Raya, ameen!

Okay koranggg, 
Till next post, insyAllah.

S.K. Neumanna, HK, Czech
160530

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.