Macam Mana Korang Eja Terowong Dalam Tulisan Jawi?

November 7, 2016

This question is seriously a mind-blowing one.

Saya dan kawan-kawan baru balik dari Hallstatt hujung minggu baru-baru ni. Masing-masing baru habis exam dan nak berehat otak sekejap sebelum masuk rotation baru. Ada jugak yang akan balik ke Malaysia untuk elektif kat sana, jadinya jom la kita spend time together, dah lama jugak tak travel sekali ramai-ramai camtu.

Kisah Hallstatt ni haha memang takde la kat post kali ni. Tapi meh saya bagi snippet macam mana rupa Hallstatt tu. Hihi.

image for Hallstatt, Austria
Hallstatt


Perjalanan antara Prague-Hallstatt ni memang banyak lalu pergunungan. Kiranya termasuk la cross mountains melalui terowong-terowong yang jujurnya banyak sangattttt.

Dijadikan cerita, ada seorang kawan, Jawahir timbulkan persoalan macam mana nak eja terowong dalam tulisan jawi.

Ah sudah.

HOHOOOO

Kitorang semua ada basic jawi, alhamdulillah. Tapi nak eja terowong ni macam hahaha nampak complicated betul. Mobile data takde pulak masa tu, sampai ke sudah tak tahu jawapan. Masa on the way balik Hradec Kralove, persoalan ni timbul balik. Terus google jawapan.

Jeng jeng jeng.

Tak sangka ejaannya macam ni. Dan takde seorang pun antara kitorang yang betul. :p


First answer on Google.

Saya tanya kat Whatsapp group family, ayah saya hantar gambar ni. Memang betul la kot ejaan nya ni :D

Kalau korang ada ejaan yang diyakini betul, meh la kongsi :)

Gonna miss those moments :D

HK, Czech
161107

Latest Instagrams

© HANIS AMANINA. Design by Fearne.